Ada 3 perkara, 1)barangsiapa yang kesemuanya itu terdapat dalam dirinya, maka ia dikurniai tempat oleh Allah dalam lindunganNya; iaitu barangsiapa yang kalau diberi lalu bersyukur,kalau dapat membalas buruk kepada orang yang berbuat jahat kepadanya lalu mengampuni dan kalau marah segera lenyap-tidak terus berdendam. Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Abbas 2)barangsiapa yang kesemuanya itu ada pada dirinya , maka Allah akan menghisabnya -pada hari kiamat nanti- dengan penghisaban yang paling ringan & dia akan dimasukkan ke dalam syurga;iaitu,apa saja yang kamu berikan baik berupa benda atau pertolongan kepada orang yang enggan memberikan yang sedimikian kepadamu,hendaklah pula kamu memaafkan orang yangmenganiaya kamu dan hendaklah kamu mempereratkan hubungan dengan orang yang bermaksud memutuskan hubungan kekeluargaan denganmu. Diriwayatkan oleh Hakim dari Abu Hurairah. 3)barangsiapa yang kesemuanya itu ada pada dirinya,maka ia berhak memperoleh pahala serta mempunyai kesempurnaan iman,iaitu budi pekerti yang baik yang dengannya ia pergunakan dalam pergaulan dengan orang ramai,kewara'kan -yakni keseganan kepada Allah yang sedalam-dalamnya, yang dengannya ia dapat menahan diri dari melanggar apa-apa yang diharamkan oleh Allah Ta'ala serta sikap sabar yang dipergunakan untuk menolak bantahan orang yang bodoh sebab kebodohannya mengenai syariat Islam dan perkara-perkara yang haq(kebenaran). Diriwayatkan oleh Bazzar dari Anas. Hadith dari Munabihat oleh Ibn Hajar. Sekali peristiwa sedang Rasul s.a.w. duduk bersama dengan para sahabatnya, Beliau bersabda, "3 perkara dalam dunia ini yang sangat sangat aku hargai, Wangian, Wanita dan Solat-penyejuk mataku". Sahut Abu Bakar r.a, "Benar, dan daku menghargai 3 benda, Melihat wajahmu, Membelanjakan harta kekayaan ku atas mu dan bahawasanya anak perempuanku menjadi isterimu ya rasulullah". Sahut Umar r.a, "Benar, dan 3 perkara yang paling aku cintai ialah Menegak kebenaran, Mencegah kemungkaran dan Memakai pakaian bertampal". Sahut Osman r.a,"Benar, dan 3 perkara yang paling ku cintai ialah Memberi makan orang yang lapar, Memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan Membaca Al-Quran". Sahut Ali r.a,"Benar, dan daku paling cintai 3 perkara iaitu Melayani tetamu, Berpuasa pada hari panas terik dan Memancung kepala para musuh dengan pedangku". Pada ketika itu datang Jibrail a.s pun muncul seraya berkata kepada Rasul s.a.w, Allah s.w.t telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cintai sekiranya daku ini seorang manusia, sahut Rasul s.a.w, khabarkanlah kepada kami ya Jibrail a.s. Sekiranya daku ini seperti anda daku cintakan 3 perkara- Memimpin orang yang sesat, Mengasihi mereka yang solat dlm keadaan miskin dan papa, membantu keluarga orang yang miskin. Dan bagi Allah s.w.t, dia mencintai 3 perkara dari hambanya- Yang berjuang pada jalannya, Yang menangis pada ketika bertaubat dan Yang teguh sabar pada masa lapar dan dahaga. 4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an, 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 3. Sebelum para muslim meridloi kamu, 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh.... Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridloi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh" simpulan syaitan: Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kamu jika ia tidur dengan tiga simpulan. Pada setiap simpulan ia berkata: `Masih jauh malam, maka tidurlah.' Maka apabila bangun dan berzikir terlepas satu simpulan, jika berwudhu terlepas simpulan kedua, kemudian jika sembahyang terlepas semua simpulan itu , sehingga berpagi-pagi tangkas riang gembira dan lapang dada. Kalau tidak maka ia sempit dada dan malas. (Bukhari, Muslim) Hai anak, jangan-jangan bapa ayam itu lebih cerdik daripada engkau, yang mana ia mengalun-alunkan suaranya di waktu sahur sedangkan engkau nyenyak tidur. (Lukmanul Hakim) Siapa yang sembahyang Isyak berjemaah, seolah-olah bangun setengah malam, dan siapa yang sembahyang subuh berjemaah maka bagaikan sembahyang satu malam penuh. (Muslim) Hai sekalian manusia, sembahyanglah di rumah kamu. Sesungguhnya seutama-utama sembahyang seseorang itu dalam rumahnya, kecuali sembahyang fardhu. (Bukhari, Muslim) EMPAT PERTANYAAN YANG MESTI DIJAWAB Daripada Abu Barzah Nadhlah 'Ubaid al - Aslami radhiallahu anhu berkata : Bersabda Rasulullah saw. : "Belum berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba ( di hadapan Allah swt. pada hari qiamat), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakan)." H.R. Tirmizi Daripada Anas Bin Malik radhiallahu anhu Rasulullah saw. bersabda :"Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya, amalnya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya". H.R. Bukhari & Muslim.