Hadith dari Munabihat oleh Ibn Hajar. Sekali peristiwa sedang Rasul s.a.w. duduk bersama dengan para sahabatnya, Beliau bersabda, "3 perkara dalam dunia ini yang sangat sangat aku hargai, Wangian, Wanita dan Solat-penyejuk mataku". Sahut Abu Bakar r.a, "Benar, dan daku menghargai 3 benda, Melihat wajahmu, Membelanjakan harta kekayaan ku atas mu dan bahawasanya anak perempuanku menjadi isterimu ya rasulullah". Sahut Umar r.a, "Benar, dan 3 perkara yang paling aku cintai ialah Menegak kebenaran, Mencegah kemungkaran dan Memakai pakaian bertampal". Sahut Osman r.a,"Benar, dan 3 perkara yang paling ku cintai ialah Memberi makan orang yang lapar, Memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan Membaca Al-Quran". Sahut Ali r.a,"Benar, dan daku paling cintai 3 perkara iaitu Melayani tetamu, Berpuasa pada hari panas terik dan Memancung kepala para musuh dengan pedangku". Pada ketika itu datang Jibrail a.s pun muncul seraya berkata kepada Rasul s.a.w, Allah s.w.t telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cintai sekiranya daku ini seorang manusia, sahut Rasul s.a.w, khabarkanlah kepada kami ya Jibrail a.s. Sekiranya daku ini seperti anda daku cintakan 3 perkara- Memimpin orang yang sesat, Mengasihi mereka yang solat dlm keadaan miskin dan papa, membantu keluarga orang yang miskin. Dan bagi Allah s.w.t, dia mencintai 3 perkara dari hambanya- Yang berjuang pada jalannya, Yang menangis pada ketika bertaubat dan Yang teguh sabar pada masa lapar dan dahaga.