From: <jalil@fka.utm.my>
To: <dakwah@egroups.com>
Subject: [Dakwah] RISALAH FIKIR (183) : ADAKAH KITA SEORANG MUQOSSIR ?
Date: Friday, 04 August, 2000 11:46

Assalaamu'alaikum wrb.,

RISALAH FIKIR (183) : ADAKAH KITA SEORANG MUQOSSIR ?

Semua orang tahu bahawa solat adalah tiang agama, solat adalah
do'a, dsbnya……..
Semua orang tahu bahawa meninggalkan solat adalah suatu dosa yang
amat besar.
Banyak sebab2nya mengapa meninggalkan solat dikaitkan dgn dosa yang
besar. Antum semua adalah lebih ma'lum dalam perkara ini.
Bukanlah maksud saya di sini untuk mengupaskan segala2nya.
Di sini saya cuma meninjau dari satu sudut sahaja iaitu berdasarkan
keterangan drp Ibnu Hajar Al-`Asqolaanii roh.a.
Berikut adalah petikan drp Bughyatul-Mustarsyidiin susunan As-
Sayyid `Abdurrohmaan bin Muhammad bin Husain bin `Umar
roh.a., (kalau tidak silap saya, beliau suatu ketika dahulu adalah seorang mufti
Hadhromaut),halaman 43 :
Telah berkata Ibnu Hajar Al-`Asqolaanii roh.a. di dalam Fathul
Baarii :

MAN TAROKA SOLAATAN ADHORRO BI JAMII'IL- MUSLIMIINA
LI-ANNAL-MUSOLLII LAA BUDDA AN YAQUULA FII TASYAHHUDIHI
" AS-SALAAMU `ALAINAA WA `ALAA `IBAADILLAAHIS-
SOOLIHIIN ". FAYAKUUNU MUQOSSIRON FII KHIDMATILLAAHI
TA'AALAA WA FII GHOIRIHII HATTAA NAFSAHU WA LIDZAALIKA `AZUMATIL-MUSIIBATU
BITARKIHAA .

[Pengertiannya kira2: SESIAPA YANG TELAH MENINGGALKAN (WALAU PUN)
SATU SOLAT SAHAJA, MAKA DIA TELAH MEMUDHOROTKAN/MEMBAHAYAKAN/MERUGIKAN AKAN SELURUH PARA MUSLIMIIN,
KERANA ORANG YANG BERSOLAT ITU (AL-MUSOLLII) TIDAK DAPAT TIDAK
BERKATA (BERDO'A) DI DALAM TASYAHHUDNYA :

"AS-SALAAM (KESEJAHTERAAN/KESELAMATAN) KE ATAS KAMI DAN KE ATAS
HAMBA-HAMBA ALLOOH YANG SOOLIHIIN".

MAKA LANTARAN MENINGGALKAN ITU, WALAU PUN BUAT HANYA SATU SOLAT
SAHAJA), MAKA DIA ADALAH SEORANG MUQOSSIR (SEORANG YG BERSAMBALEWA,
SEORANG YG LALAI, SEORANG YG LENGAH, SEORANG YG TIDAK SEMPURNA,
SEORANG YG CACAT, SLACK, NEGLIGENT, NEGLECTFUL) DALAM BERKHIDMAT
KEPADA ALLOOH TA'AALAA DAN DALAM BERKHIDMAT KEPADA SELAINNYA
HATTA DALAM BERKHIDMAT KPD DIRINYA SENDIRI SEKALI PUN. DAN LANTARAN ITULAH
MAKA BESAR AMATLAH MUSIIBAH DENGAN SEBAB MENINGGALKAN SATU SOLAT ITU].
Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp kitab tersebut.
Begitulah tingginya nilai suatu do'a ringkas di dalam tasyahhud
suatu solat !!!
Yang mana dikaitkan dengan seluruh para hamba Allooh
(`ibaadillaah)yg soolihiin. Seorang sahabat r.a. menerangkan bahawa
`ibaadillaah ini termasuklah `ibaadillaah yg berada di bumi, di langit dan di
antara keduanya. Dan mengikut keterangan Ibnu Hajar roh.a. itu, bila
seorang telah meninggalkan satu solat, maka kerugian/bahaya/kemudhorotannya itu memberikan kesan atau tempias
kepada seluruh para muslimiin. Dan itulah sebabnya musiibah
meninggalkan satu solat sekali pun adalah amat besar.
Itu baru secebis tinjauan dari sudut do'a ringkas tersebut. Belum
lagi ditinjau dari segi keseluruhan tasyahhud ! Dan belum lagi
ditinjau dari segi keseluruhan Al-Faatihah yg dibaca dengan penuh
khusyu' dan penuh kefahaman di dalam suatu solat ! Dan begitu
juga, belum lagi ditinjau dari segi segala rukun dan syarat yg lain2 di
dalam solat ! Dan belum lagi ditinjau dari segi segala sunnah
(sunanus-solaah) di dalam suatu solat ! Dsbnya…
Semoga dengan keterangan yg ringkas drp Ibnu Hajar roh.a. ini
memberikan atau menambahkan kekuatan kepada kita untuk terus maju
menghayati dengan sepenuhnya akan setiap solat yang kita lakukan
(sama ada solat fardhu mahu pun solat sunat), zohir dan batin, dengan
idzin Allooh swt.

Walloohu A'lam.
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar…
Wassalaamu'alaikum wrb.,
Alfaqiiru ilallooh.

Masuka….

[1] MUQOSSIR : Seorang yg bersambalewa, bermalas2, seorang yg
kekurangan (cacat)/tidak sempurna , seorang yg lalai, MUHMIL.
[2] TAQSIIR : kelengahan, kelalaian, kesambalewaan, `aib, cacat,
cela, kealpaan dan kekurangan dalam menunaikan kewajipan dsbnya.
[3] TAQSIIR : pemendekan , lawan bagi TATWIIL (pemanjangan).