From: "Syed Johari" To: ; Subject: [Dakwah] Fiqh Awlawiyat Date: Friday, 23 June, 2000 18:28 >Ummah Gagal Fahami Keutamaan - Pandangan Dr. Yusuf Qardhawi Menerusi Fiqh >Awlawiyat > > >Masyarakat hari ini sering kehilangan arah dalam melaksanakan sesuatu >amalan, sehingga menimbulkan ketidak seimbangan dan kekeliruan dalam amalan >yang dilakukan. Hakikat ini disedari oleh Dr. Yusof Qardhawi, seorang ulama >kontemporari, yang menyarankan peri pentingnya umat Islam memahami >keutamaan dalam melaksanakan amal Islami. Hasil pemikiran beliau lalu >terhasillah sebuah kitab Fiqh al-awwlawiyat (Memahami Keutamaan) yang >diterbitkan tiga tahun lalu. Kitab tersebut memaparkan topik yang penting >kerana perbincangannya mengemukakan suatu jalan keluar terhadap kebuntuan >pemikiran dan tindakan ummat Islam. Persoalan tentang perkara yang perlu >diutamakan dan perkara yang perlu dikemudiankan merupakan pertimbangan dan >penilaian yang wajar dibuat untuk mengangani masalah ummah. > >Dr. Yusof Qardhawi pada awalnya memperincikan bentuk keutamaan-keutamaan >dalam beramal bagi mengelak sebarang bentuk kekaburan. Lantas mencetuskan >sesuatu perkara yang tidak penting lebih diutamakan dari sesuatu yang >penting. Pada masa yang sama sesuatu yang penting diabaikan dengan >mendahulukan yang tidak penting. Sedangkan sepatutnya sesuatu yang >sewajarnya didahulukan mesti diutamakan berbanding perkara yang tidak >penting. (dalil surah ar-Rahman: 7-9). Pada asasnya sesuatu nilai dan hukum >adalah berbeza dan tidak berada pada satu tahap sahaja. Ada sesuatu perkara >yang besar dan ada pula yang kecil, ada sesuatu perkara itu merupakan asas >dan ada juga yang cabang; ada yang berbentuk rukun dan ada pula sekadar >pelengkap sahaja; ada pula persoalan yang menduduki tempat utama tetapi ada >pula yang hanya merupakan persoalan sampingan semata-mata. Contohnya dapat >dikaitkan dengan hadis Rasulullah saw yang bermaksud: Iman itu mempunyai >lebih daripada tujuh puluh peringkat; yang paling tinggi antaranya ialah La >ilah illa Allah, dan yang paling rendah ialah membuang penghalang yang ada >dijalan. > >Meneliti keadaan ummat Islam masakini Dr. Yusof Qardhawi menjelaskan >penyelewengan yang dilakukan oleh umat Islam kini akibat ketidakseimbangan >penumpuan keutamaan dalam bidang-bidang tertentu baik dari segi kebendaan >mahupun kerohanian, pemikiran, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. >Contoh ketara yang diutarakan oleh beliau, berkenaan dengan dunia seni dan >hiburan yang sentiasa diberikan keutamaan dan didahulukan berbanding dengan >persoalan yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Begitu juga dalam >kegiatan belia dan remaja, penumpuan lebih ditumpukan kepada aktiviti sukan >yang berlebihan berbanding dengan pembinaan mental. Natijahnya >mengakibatkan pembentukan belia dan remaja itu lebih terarah kepada >pembinaan di sudut jasmaniah semata-mata hingga mengabaikan pembentukan >kejiwaan, akal dan akhlak mereka. Hakikatnya yang berlaku kini bintang >pujaan masyarakat yang paling terkenal bukanlah ulama atau ilmuwan, bukan >juga pemikir atau pendakwah, tetapi pujaan mereka adalah para artis dan >seniman termasuk penyanyi, pelakon, pelawak dan juga bintang-bintang sukan >yang menjadi pujaan dan sanjungan mereka. > >Tidak cukup setakat itu, Dr. Yusof Qardhawi juga turut menyentuh bagaimana >penyelewengan orang-orang yang beragama yang gagal memahami keutamaan >walaupun amalan yang dilakukan itu tidak terkeluar dari batas syarak. Dalam >urusan haji misalnya, Dr Yusof Qardhawi menekankan betapa kewajipan Haji >hanya sekali seumur hidup. Tetapi hari ini ramai dikalangan kita yang >membelanjakan wang ribuan ringgit untuk mengerjakan haji kali kedua dan >melakukan ibadah umrah setiap kali menjelang Ramadhan. Sedangkan >perbelanjaan tersebut lebih utama sekiranya ditumpukan kepada amal-amal >yang lebih mendesak. Dr. Yusof Qardhawi menekankan betapa wang tersebut >lebih baik diinfaqkan untuk membantu memerangai orang-orang Yahudi di >Palestin, membantu kaum Muslimin di Bosnia; atau untuk menghadapi gerakan >Kristianisasi di Indonesia, Bangladesh, atau negara-negara Asia dan Afrika >lainnya. Atau penumpuan juga boleh dicurahkan untuk membantu membangunkan >pusat-pusat Islam yang dapat mencanai kader-kader dakwah atau untuk >mencetak, menterjemah dan menerbitkan buku-buku Islam yang sangat >bermanfaat kepada masyarakat. > >Beberapa penyelewengan lain yang dilakukan ummat Islam dalam memahami >keutamaan dalam melakukan tindakan turut diperjelaskan oleh Dr. Yusof >Qardhawi. Antaranya ialah: > >1. Terdapat kaum Muslimin yang sentiasa bertengkar untuk memepertahankan >diri dalam masalah-masalah juz'iyah atau masalah khilafiah. Sedangkan pada >masa yang lain mereka melalaikan perjuangan Islam yang lebih besar dalam >melawan musuh-musuh yang sentiasa memerhatikan gerak laku mereka. Contoh >yang beliau bawa bagaimana kaum minoriti dan para pendatang yang tinggal di >sebelah negara Barat (Amerika, Kanada, dan Eropah) ada mempersoalkan >masalah jam tangan di mana harus dikenakan samada di tangan kiri atau >kanan. Begitu juga memakai pakaian putih bagi menggantikan baju dan seluar, >apakah ianya wajib atau sunat hukumnya? Masalah perempuan masuk ke masjid >juga turut dipersoalkan. Begitulah perkara-perkara remeh yang diperbesarkan >yang mengakibatkan membuang masa dan ianya lebih cenderung mencetuskan >perpecahan antara mereka dan tenaga dicurahkan tanpa tujuan dan perjuangan >yang tidak bermusuh. > >2. Terdapat juga individu yang tekun beribadah tetapi berlaku kasar dan >keras kepada kedua ibu bapa dengan alasan mereka telah melakukan >kemaksiatan dan menyimpang dari ajaran Islam. Sedangkan Allah mewasiatkan >supaya berlaku baik kepada kedua ibu bapa walau pun mereka musyrik dan >berusaha untuk membuat anak mereka menjadi musyrik. > >3. Ummat Islam juga memberikan penumpuan yang berlebihan kepada sebahagian >rukun Islam dan mengabaikan rukun yang lain. Ada dikalangan masyarakat >kadang-kadang lebih mementingkan puasa berbandaing solat. Umpamanya jarang >kita lihat sepanjang Ramadhan orang Islam makan dikhalayak ramai tetapi >apabila disuruh mendirikan solat ramai orang Islam yang mengabaikan. >Seolah-olah puasa sudah menjadi adat dan bukan ibadat. Mesti ditunaikan >walaupun tidak melakukan solat kerana tidak meriah menyambut hari raya jika >tidak berpuasa. > >4. Terdapat juga sebahagian ummat Islam lebih memberatkan perkara-perkara >sunat berbanding amalan yang fardhu. Ada dikalangan mereka yang >memperbanyakkan zikir, tasbih,dan wirid tetapi melupakan kefardhuan lain >seperti melayani kedua ibu bapa dengan cara yang baik, berjiran tetangga, >mengasihi orang yang lemah, memelihara anak yatim, mencegah kemungkaran dan >lainnya. > >5. Masih terdapat dikalangan ummat Islam yang sibuk memerangi >perkara-perkara makruh dan syubhat dengan melalaikan untuk memerangi >perkara yang haram yang telah tersebar luas didalam masyarakat. Begitu juga >ada yang serius untuk menghapuskan dosa kecil dan melalaikan untuk membasmi >dosa besar. > >Begitulah diantara penyelewengan dan ketidak seimbangan ummat Islam dalam >melakukan tindakan dalam kehidupan seharian mereka. Justeru itulah Dr. >Yusof Qardhawi menyimpulkan betapa semua umat Islam hari ini sangat perlu, >bahkan sudah sampai kepada tahap darurat untuk 'memahami keutamaan' yang >sewajarnya dibincang dan diperjelaskan sehingga ummat Islam mempunyai >wawasan dan pandangan yang jelas untuk melakukan sesuatu perbuatan yang >terbaik mengikut urutan keutamaan. > > > > ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ------------------------------------------------------------------------ TRAVEL FOR PENNIES ON THE DOLLAR! Get dozens of the best travel agents competing for your business with our new FREE service. http://click.egroups.com/1/5745/2/_/30126/_/961756029/ ------------------------------------------------------------------------ Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Untuk melanggan: Hantar email ke dakwah-subscribe@egroups.com Berhenti melanggan: Hantar email ke dakwah-unsubscribe@egroups.com Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Bina empayar and di Internet!! http://www.netmyne.com/