From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] AMALAN  KETIKA WANITA SEDANG MENGANDUNG Date: Friday, 13 April, 2001 22:47 wa alaikumussalam, maaf dipohonkan. saya terpanggil untuk menyampuk. ini adalah sebagai suatu peringatan agar kita semua (termasuk saya) berhati-hati mengungakapkan ayat dalam memperkatakan khususnya tentang hal yang berkaitan dengan agama. sebab, kadang-kadang, tanpa hati-hati, ayat yang kita gunakan boleh membawa konotasi atau pengertian yang tidak tepat, malah boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan tanggapan yang bercanggahan. sila renungi ayat-ayat ini: (a) Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. [ayat ini boleh membawa maksud : ketika mengandung saja seseorang wanita wajib mengerjakan perintah Allah, atau lebih teruk boleh membawa maksud : apabila tidak mengandung, maka tidak wajib ....] (b) Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut: .... MENUTUP AURAT [ayat ini boleh membawa maksud : menutup aurat itu bukan amalan wajib (selain daripada amalan wajib), hanya digalakkan saja]. teguran ini semata-mata demi kebaikan kita bersama. sekali lagi pohon maaf. wassalam pembetulan: Assalammu'alaikum ----> Assalamu'alaikum Ôã-ÊÔÉáÇÚãå ----- Original Message ----- From: "Farid Yahya" To: Sent: Thursday, April 12, 2001 12:51 PM Subject: [Dakwah] AMALAN KETIKA WANITA SEDANG MENGANDUNG Assalammu'alaikum, Ana ada simpan article AMALAN KETIKA WANITA SEDANG MENGANDUNG buat sesiapa yang bertanya. Moga Allah mengkabulkan doa kita semua. Amin... AMALAN KETIKA WANITA SEDANG MENGANDUNG Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut. BANYAK BERTAUBAT MENUTUP AURAT BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN .....