From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] Re: 4 bulan Date: Tuesday, 13 February, 2001 09:22 assalamu alaikum, akhil-kiram, anta tolong jawab: 1. benarkah "Nabi khidhir a.s. tidak menjawab secara tepat kenapa anak itu dibunuh dsbnya."? 2. bukankah keperihalan ini ("Malah disuruhnya Musa a.s. supaya ikut saja, tengok saja, dan jangan banyak soal,") adalah disebabkan oleh keadaan ketika itu (yakni dalam pengembaraan/perjalanan yang tidak sesuai untuk berbincang)? apakah hal ini (ikut saja, tengok saja, dan jangan banyak soal) bisa dipraktikkan juga dalam keadaan yang berlainan (bukan dalam perjalanan, dalam majlis forum, di laman diskusi maya, misalnya) dengan alasan nabi khaidhir as berbuat demikian? 3. apakah maksud "Nabi Khidhir a.s. tidak menjawab secara langsung akan soalan2 Nabi Musa a.s.itu."? bukankah ketiga-tiga soalan (= pertanyaan + komentar) nabi Musa as itu akhirnya dijelaskan juga oleh nabi khaidhir as pada saat menjelang perpisahan antara mereka? silapkah kalau dikatakan: nabi khaidhir bukan tidak menjawab soalan-soalan (sebenarnya bukan semata-mata soalan tapi lebih merupakan teguran/komen) nabi Musa as itu tapi menangguhkan jawapan (takwil) sehingga masa yang sesuai? wassalam. شم-تشةلاعمه ----- Original Message ----- From: To: Sent: Tuesday, February 13, 2001 12:13 AM Subject: [Dakwah] Re: 4 bulan : --- In dakwah@y..., muhdisa wrote: : > salam, : > : > tapi persoalan agama tentang hukum-hakam bolehkah main2 incirect : jawapannya? bukankah kena tegas, bukannya berputar2, berbelit2?. : kalau haram, jawablah haram, kalau berddosa jawablah berdosa dan : haruslah disertakan dengan nas (yang sahih). : ----------------------------------------------------------------- : : Wa'alaikumussalam, : : Jawapan kpd sesuatu pertanyaan adalah macam2 bentuknya. Bahkan ada : juga tidak dijawab langsung secara tepat, tapi disuruh supaya : bersabar dan teruskan mujahadah. : : Kisah peristiwa persoalan2 yg dikemukakan oleh Nabi Musa a.s. kpd : Nabi Khidhir a.s. adalah masyhur sekali. Nabi khidhir a.s. tidak : menjawab secara tepat kenapa anak itu dibunuh dsbnya. Malah : disuruhnya Musa a.s. supaya ikut saja, tengok saja, dan jangan banyak : soal, pokoknya Nabi Khidhir a.s. tidak menjawab secara langsung akan : soalan2 Nabi Musa a.s.itu. Apakah pembunuhan terhadap kanak2 tidak : termasuk hukum hakam dsbnya ? : : Jadi, mungkin kerana situasi berlainan, adanya perbedaan hijab, : mungkin hijab belum disingkapkan lagi, dsbnya, maka jawapan2 itu : kadangkala perlu indirect dsbnya. : Jadi tidak selamanya jawapan itu mesti tepat dan langsung.... : kerana setengah2 perkara perlu kpd proses pengalaman penanya itu : sendiri supaya terus bersabar dan bermujahadah. : : Wassalam