From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] Re: 4 bulan Date: Thursday, 15 February, 2001 18:37 wa alaikumussalam, posting di bawah ternyata ditujukan kepada saya, maka terpaksalah juga saya turut menyampuk. apa yang sdr tulis tak ada kaitan tepat dengan apa yang yang persoalkan. saya hanaya mahu kepasatian / pengesahan, kerana saya ragu-ragu apabila ada yang mengatakan: "Nabi khidhir a.s. tidak menjawab secara tepat kenapa anak itu dibunuh dsbnya...". ini kenyataan yang berkaitan dengan isi kandungan al-quran. ahli tafsir mana yang berkata begitu? ini yang saya nak tahu. perosalan lain yang sdr sebutkan itu tak tak releven. sila jangan menyeleweng daripada pokok persoalan. kata sdr: "menjawab soalan kerana rasa tahu dan semata-mata ingin menonjolkan pengetahuan adalah ujub." ("ujub"kah atau "riyak"?) شم-تشةلاعمه ----- Original Message ----- From: "Zakaria B Ghazali" To: Sent: Wednesday, February 14, 2001 11:39 AM Subject: Re: [Dakwah] Re: 4 bulan : assalaamu'alaikum wr wb : : sdr muhd isa, : : Rasanya terlebih dahulu diteliti apa bezanya Musa as dan Khidir as dan atas maksud apakah Musa as mencari Khidir as. Apakah peristiwa yg berlaku hingga membawa Musa as bersafar mencari Khidir as? Mengapakah pula mereka berpisah separuh jalan? Mengapa Khidir as buat perkara yang pelik dan tak dilihat oleh Musa as sebagai betul zahirnya hingga Musa as kena tanya dan tegur setiap kali dan Khidir as pulak tak terus jawab tapi kata " engkau tak sabar..." sampailah kali ketiga Musa as tanya lalu dijawab semuanya oleh Khidir as dan jawapan Khidir as itu terbukti di luar jangkauan ilmu Musa as ketika itu dan ia (Khidir as) menamatkan perjalanan itu dan berpisah dgn Musa as bukan Musa as yg saja nak berpisah sedangkan dia belum habis belajar dengan Khidir as. : : Pengajarannya antara lain: : : Tergesa-gesa tanya perkara yang diluar kemampuan untuk memaham adalah tanda kurang sabar dan merasa faham dan tahu semua perkara lalu bertanya yang pelik-pelik semata-mata untuk menguji adalah tanda jahil. : Menjawab semua soalan yang ditanya orang tanpa terlebih dahulu memahami situasi si penanya dan hakikat maslahatnya yg sebenar adalah tanda kurang arif dan menjawab soalan kerana rasa tahu dan semata-mata ingin menonjolkan pengetahuan adalah ujub. : : Dan kita belum bersih dari kelemahan ini semua. : : : wabs