From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] mandi hadas selepas bersalin........ Date: Saturday, 24 March, 2001 11:33 wa alaikumussalm, Faktor mewajibkan mandi junub itu 6 (3 bagi lelaki dan perempuan dan 3 hanya bagi wanita)*: (a) BAGI LELAKI DAN WANITA: 1.keluar mani, 2.jimak (jima' = bersetubuh), 3.mati. (b) BAGI WANITA SAJA: 1.keluar haidh, 2.keluar darah nifas, 3.wiladah (beranak). [setiap faktor tersebut ada huraiannya, syarat2nya / kekecualiannaya. belajarlah. ini pelajaran fardhu 'ain!] * perhatian: penyampaian tentang hal ini sebegaimana di bawah : : >Perkara Wajib mandi hadas besar; : > : >Bagi lelaki 2 perkara: : >1. keluar air mani : >2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena : >juga mandi. tak keluar mani pun kena mandi juga : > : >bagi perempuan: : >1, Haid : >2. Wiladah (melahirkan anak) : >3. Nifas : >4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun : >kena juga mandi. adalah mengelirukan, kerana faktor keluar mani itu disenaraikan hanya untuk lelaki (mungkin akan difahami bukan untuk wanita). [oleh itu tolong berhati-hati dalam memperkatakan hal agama]. bagaimanapun, soal wiladah (beranak / bersalin) itu jelas. jangan diragui lagi tentang wajib mandi (mengangkat hadas besar) kerana terbabit dengannya. [kita akan menerima padahnya jika meragui tentang hukum syarak]. setiap yang wajib itu tetap wajib. tinggal lagi pelajarilah bagaimana cara / syarat2, termasuk bila ia wajib dilakukan. hal ini sepatutnya sudah terjawab. message di bawah (daripada seorang rakan) ini adalah jawapannya, tetapi agak sedikit kurang jelas kalau dibaca sepintas lalu. bacalah dengan penuh kefahaman / penghayatan. di sini cuma saya nak tekan, bahawa ungkapan "mandi hadas SELEPAS bersalin" (lihat subject) lebih tepat ditulis : "mandi hadas KERANA bersalin". rasanya dengan ini tidak lagi menimbulkan keraguan. wallahu a'lam. شم-تشةلاعمه ----- Original Message ----- From: To: Sent: Thursday, March 22, 2001 9:11 AM Subject: Re: [Dakwah] mandi hadas selepas bersalin........ : Assalamualaikum, : : Berikut adalah jawapan dari seorang rakan sekerja bila saya utarakan persoalan seperti di bawah: : : Apa tujuan dia mandi hadas sedangkan dia diharamkan bersolat, membaca Al-Quran, apatah lagi bersetu.. dan sewaktu dengannya. Apa yang saya tahu kita diwajibkan : mandi jika sekiranya kita berhadas besar dan tujuannya ialah supaya kita dapat mengerjakan kewajipan yang sewaktu dengannya. Tapi kalau perempuan yang : bersalin, sudah sah dia kotor ... dalam erti kata ada darah nifas. maknanya dia diharamkan solat, berpuasa dan lain- lain lagi. Allah beri kelepasan agar sembahyangnya tidak payah diqazukan selain puasanya. Ertinya ... walaupun dia : mandi hadas sedangkan dia masih berhadas, apakah ini perlu ?. Kalau ada nas yang menyatakan wajib maka saya setuju dengan perigatan itu tetapi kalau tidak ada : nas ataupun hadis soheh, maka saya anggap ini cumalah bidaah. : : Assalammu'alaikum wbt.. : : Saya ada pertanyaan berkenaan dengan perkara di bawah. E-mail tersebut saya dapat dari seorang rakan. Saya ingin tahu sama ada benar WAJIB mandi hadas : selepas melahirkan anak? : : Terima kasih. : >Assalamualaikum dan salam sejahtera... : > : >dear netters... saya nak kongsi cerita dan : >pengalaman. : >Sewaktu dalam sembang-sembang kecil aya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan : >mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas : >selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. ........