From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] [surau] re: menggauli isteri yang sedang haidl Date: Saturday, 04 November, 2000 10:46 assalamu alaikum, kenapa, setelah timbul kontroversi, riuh-rendah dipersoalkan, baru diberi keterangan, baru dirujuk kepada kitab / hadis lain? kan bagus, akan diterima dengan aman, andainya awal-awal lagi penyampaian hadis berkenaan itu disertakan dengan keterangan, lalu tidak timbul kekeliruan dan keraguan. nampaknya kalau tidak dipersoalkan, didiamkan saja, penyampai hadis itu akan diam dan berpuashati dengan usahanya tanpa terfikir bahawa hadis itu (tanpa keterangan) akan membawa kesan negatif, akan diamalkan oleh orang awam, terutama yang jahil dan semata-mata berpandukan hadis berkenaan. 2. maksud : "Nabi menggauli isterinya dengan cara memeluk dan menciuminya" dalam posting di bawah ini menimbulkan keraguan juga. benarkah ini yang dimaksudkan dengan "menggauli isteri" itu? apakah maksud ini rumusan daripada sabda Rasulullah atau riwayat hadis daripada semua isteri Rasulullah? perkara "memeluk dan mencium" adalah perkara rahsia suami isteri. mana kita tahu kalau tidak diberitahu oleh Rasulullah sendiri atau semua isterinya? maka di sini perlu riwayat hadis. mana hadisnya? Siti Maimunah, dalam hadis di bawah hanya menyebut tetapi tidak menjelaskan maksud "menggauli isteri" itu. kalaulah benar maksudnya "memeluk dan mencium", mungkin ini dilakukan kepada Siti Maimunah saja. sebab, mana dia tahu apa yang dilakukan oleh Rasulullah kepada isteri-isteri yang lain? kalau hal ini diberitahu oleh Rasulullah kepadanya, maka ada satu hadis lagi. mana hadisnya? justeru, maksud "menggauli isteri" sebagai "memeluk dan mencium" itu perlu sandaran / hadis yang sahih. kalau tidak ada, dikhuatiri ini sebagai tanggapan pengarang/penterjemah kitab/hadis berkenaan atau penyampai hadis itu saja. sebabnya, kalimah "yubasyara" dalam matan asal hadis itu, dari segi lughawi, banyak maknanya. kalau maksud "memeluk dan mencium" itu cuma tanggapan saja, maka adalah tidak sopan menggunakannya untuk Rasulullah saw. adalah lebih sopan jika kalimah "basyara" / "yubasyara" / "mubasyarah" dalam konteks hadis berkenaan diterjemahkan sebagai "bergaulan" / "berdampingan". wallahu a'lam. ----- Original Message ----- From: "Sabilillah" Sent: Saturday, November 04, 2000 8:11 AM Subject: [Dakwah] [surau] re: menggauli isteri yang sedang haidl Behalf Of Khairi Yusuf : : ... Sia Admin HS ko ko,... : Oooiii... Admin HS, yang saya minta bukan keterangan anda, tapi nomor hadits dalam shahih Bukhari yang anda sebutkan seperti di bawah ini. : >: Dari Maimunah, ia berkata: : >: "Apabila Rasulullah saw. ingin menggauli seseorang di antara isteri-isterinya yang sedang haidl, beliau menyuruhnya supaya memakai izar (kain)." (Shahih Bukhari) : Tolong anda beritahukan nomor haditsnya dalam kitab bukhari tersebut. Kalau anda tak bersedia, saya mohon anda jangan mengirim lagi hadits-hadits anda ke milist ini. : Wassalam : Siti Maimunah ra. telah menceritakan hadis berikut: : Rasulullah saw. pernah menggauli istri-istrinya dengan berpenutup kain karena mereka dalam keadaan haidh. : (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud) : keterangan: : Yang dimaksud ialah bolehnya seseorang mempergauli mereka kecuali jimak (bersetubuh). : Bersetubuh dengan mereka haram hukumnya kecuali dengan wanita yang mengalami istihadhah maka jimak : tidak diharamkan. : Isteri Nabi memakai kain yang menutupi anggota antara pusar dan kedua lutut. Nabi menggauli isterinya dengan cara memeluk dan menciuminya. : ~ dikutip dari kitab terjemah At-Taj, Syekh Mansyur Ali Nashif (Mahkota pokok-pokok hadis Rasulullah saw) terjemahan Bahrun Abu Bakar, terbitan Sinar Baru Bandung. Jilid 1, Bersuci, 7. Haidh, hal. 324-326.