From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] menyebut nama Allah atas daging Date: Friday, 01 December, 2000 15:33 wa alaikumussalam, ya, satu lagi hadis yang mengelirukan tanpa dijelaskan takwilnya / tafsirannya. sebelum telah dikemukakan 2 hadis tentang mandi janabah dan menggauli isteri dalam haidh. nampaknya macam menjadi kegemaran dalam hal menimbulkan keliruan seperti ini tanpa difikirkan akibatnya walaupun teguran-teguran seperti berikut telah dibuat: (a) respons / teguran terhadap message : Subject: [Dakwah] bersetubuh namun tidak mengeluarkan mani : .... agar tidak mendatangkan sebarang kekeliruan, penyampai hadis septutnya mengepilkan kenyataan / penjelasan mengenainya sebelum atau mengiringi matan hadis berkenaan. dikhuatiri orang awam akan mengamalkan maksud hadis ini tanpa melakukan mandi janabah. maka siapakah yang akan menaggung dosanya? diharap perkara yang mengelirukan seperti ini tidak berulang, insya Allah. (b) respons / teguran terhadap message : Subject: [Dakwah] menggauli isteri yang sedang haidl : kenapa, setelah timbul kontroversi, riuh-rendah dipersoalkan, baru diberi keterangan, baru dirujuk kepada kitab / hadis lain? kan bagus dan akan diterima dengan aman, andainya awal-awal lagi penyampaian hadis berkenaan itu disertakan dengan keterangan, lalu tidak timbul kekeliruan dan keraguan. nampaknya kalau tidak dipersoalkan, didiamkan begitu saja dan penyampai hadis itu akan berpuashati dengan usahanya tanpa terfikir bahawa hadis itu (tanpa keterangan) akan membawa kesan negatif, akan diamalkan oleh orang awam, terutama yang jahil dan semata-mata berpandukan hadis berkenaan. maka hadis di bawah ini juga memang perlu penjelasan. Jangan pula apabila diminta baru nak rujuk sana sini. tak bolehkah bertanggungjawab dan berusaha sedikit dengan membuat kajian sebelum mengemukakan hadis kabur seperti ini. janganlah jadi macam robot, buta tuli salin dan kirim (copy and send) apa saja yang telah tersedia, tanpa berfikir, tanpa suntingan, tanpa penyelidikan. mungkin hadis ini telah dinasakhkan. شم-تشةلاعمه ----- Original Message ----- From: To: Sent: Thursday, November 30, 2000 11:22 AM Subject: Re: [Dakwah] menyebut nama Allah atas daging : Assalamualaikum, : : Ada satu kemusykilan. Dari hadis ini, adakah ini bermakna binatang yang halal dimakan yang tidak disembelih atas nama Allah boleh dimakan selepas kita : membaca Bismillah sebelum memakannya? Jadi apa perlunya kita mengelak daging yang tidak disembelih dengan nama Allah sekiranya hadis ini membenarkan? : Teringat saya kepada isu ayam KFC dulu. Bukankah sesuatu yang kita was-was seeloknya ditinggalkan? Saya harap sekiranya hadis yang kabur sebegini, : disertakan penjelasannya sekali supaya tidak menimbulkan keraguan. : : "HS" on 30.11.2000 10:39:38 am : : Subject: [Dakwah] menyebut nama Allah atas daging : Dari Aisyah ra. bahwa ada suatu kaum bertanya: : "Wahai Rasulullah, ada orang yang telah memberikan daging kepada kami, namun kami tidak tahu apakah mereka menyebut nama Allah atau tidak." : Lantas Rasulullah saw bersabda: "Bacalah nama Allah atas daging itu dan makanlah." (Shahih Bukhari, hadis : no.1965)