From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] FW: nikmat syurga..... Date: Wednesday, 21 March, 2001 12:54 waalaikumussalam, islam adalah agama yang benar dan ilmu islam adalah ilmu daripada Allah. sdri mahiran tolong jelaskan sumber riwayat di bawah. tolong catatkan asnadnya atau nama kitab / buku (dengan nama pengarang dan penerbitanya) atau nama guru/ustaz yang menyampaikannya. 2. tolong betulkan ejaan "WalAllah hua'lam" itu. wassalam. شم-تشةلاعمه ----- Original Message ----- From: "Mahiran Mutalib" To: "Dakwah (E-mail)" Sent: Wednesday, March 21, 2001 11:26 AM Subject: [Dakwah] FW: nikmat syurga..... : Assalamualaikum wbrt/ salam sejahtera ..... : Adalah diceritakan pada suatu ketika Nabi memanggil para sahabat dengan mengatakan:"Mahukah kamu mendengar cerita kisah penghuni shurga yang : paling rendah sekali".Apabila sahabat mendengarnya mereka amat gembira dan ulamak menceritakan bahawa apabila kisah mengenai syurga diceritakan oleh : Nabi para sahabat terlalu gembira sehingga mereka merapati Nabi sehingga bertemu lutut Nabi S.A.W. : : Penghuni yang yang paling bawah ialah mereka yang sedikit amalan kebaikan dan selepas mereka menjalani azab siksaan neraka.Apabila keluar dari neraka : maka malaikat membawa mereka kesyurga. : : Apabila melihat pintu syurga sahaja yang penuh dengan keindahan yang belum pernah terbayang maka penghuni initercengang selama 40 tahun. : : Apabila pintu syurga dibuka maka penghuni ini ternampak ketua bidadari yang amat cantik yang tidak pernah terbayang dalam sanubarinya menyebabkan dia tercengang selama 40 tahun pula. : : Apabila masuk kedalam syura pesuruh bidadari membawa hidangan makanan sebanyak 70 jenis.Melihat kepada hidangan yang belum pernah dilihatnya maka dia tercengang selama 40 tahun. : : Ulamak juga menceritakan ada suatu ketika dalam syurga seorang lelaki nmemakan sejenis buah tanpa disedari selama 40 tahun.Lalu dia ditegur oleh malaikat bahawa kamu memakan buah ini sudah 40 tahun kerana buah yang : dimakan itu setiap hari memberi rasa yang berlainan menyebabkan dia tidak sedar bahawa telah memakannya selama 40 tahun.Lalu malaikat mengatakan : kepadanya ada banyak lagi buah yang boleh dimakannya. : : Begitulah tuan / puan nikmat syurga yang akan diberikan kepada hamba Allah yang bertaqwa dan semoga ianya menjadi satu ransangan kepada kita semua berlumba-lumba untuk membuat kebajikan dan menjauhi kemaksiatan. : WalAllah hua'lam. Yang baik itu hanyalah dari Allah dan yang serba kekurangan itu adalah kelemahan saya sendiri