From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] Sembahyang Date: Friday, 05 January, 2001 11:56 wa alaikumussalam, terima kasih atas penjelasan. 2. sila lihat jawapan yang diselitkan di perenggan berkenaan dalam message anda di bawah: شم-تشةلاعمه ----- Original Message ----- From: "Sheikh" To: Sent: Thursday, January 04, 2001 8:40 AM Subject: Re: [Dakwah] Sembahyang : 2) Orang kata inai tak apa sebab warna asli dari tumbuhan dan boleh kena air. ~~ KALAU MAKSUD "boleh kena air" itu ialah rambut berkenaan boleh serap air, yakni air mandi junub boleh sampai ke rambut, maka betullah kata orang itu. soal warna - asli atau tak asli - tak timbul dalam hal sembahyang, asalkan tidak bercampur najis. ---------- : Tapi yang anna maksudkan nie contohnye LOREAL, WELLA (pewarna yang ada alkohol dan melekat tidak boleh dicuci. Kalau dibasah memang boleh kena air punya cuma rata atau tidak anna tak pasti . ~~ SAYA TAK TAHU tentang LOREAL, WELLA. apakah yang melekat tu, alkohol atau bahan pewarna? kalau alkohol itu dikhuatiri sebagai najis, ia boleh dicuci dan kenalah dibersihkan dulu sebelum mengambil wudhuk dan mengerjakan sembahyang (syaratnya kita suci daripada hadas besar). tapi kalau kita dalam hadas besar, kita wajib mandi junub dulu. mandi junub tak sah kalau rambut tak rata / tak sampai air. kalau mandi junub tak sah, maka haram kita mendirikan sembahyang. --------- Satu lagi pewarna rambut nie ada yang di cop HALAL dan ada yang tidak. Jadi boleh dipercayai tak : COP nie?) ~~ SIAPA yang melakukan cop halal tu (dan halalnya tu dari segi apa? ada benda yang haram dipakai, tapi boleh bersembahyang dan sah sembahyangnya, misalnya lelaki memakai emas). kalau cop itu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab, tak perlu duragukan lagi. bagaimana pun kalau mau benar-benar pasti, tanyalah pihak yang melakukan cop itu. ---------- : 3) Adakah salah untuk sembahyang jika warna masih tidak hilang sedangkan apabila kena air rambutnya basah. Serap air atau tidak anna tak pastilah sebab rambut selepas diwarnakan mempunyai satu selaput yang menyelaputi rambut nie. ~~ DALAM KONTEKS SEMBAHYANG bukan warna menjadi persoalan, tapi soal rambut tu sampai air atau tidak apabila mandi junub. macam mana tak pasti rata tak rata kalau ada selaput (walau pun satu) menyelaputi rambut? bagi saya, selaput tu menegah air sampai ke rambut. maka itu mandi junub tak sah ....[ekorannya, lihat jawapan di atas]. KALAU SELAPUT TU TAK BOLEH DIBUANG, UNTUK MENGATASINYA : POTONG/CUKUR RAMBUT BERKENAAN, LAKUKAN MANDI JUNUB, AMBIL WUDHUK KEMUDIAN DIRIKANLAH SEMBAHYANG. (tapi kalau tidak dalam hadas besar : cucikan rambut berkenaan , ambil wudhuk dan kemudiannya bolehlah lakukan sembahyang, kecuali jika bahan pewarna tu mengandungi najis yang tak boleh dicucikan, maka kenalah rambut itu dipotong juga). wallahu a'lam. : : >From: "Sheikh" : : >Reply-To: dakwah@egroups.com : : >To: dakwah@egroups.com : : >Subject: [Dakwah] Sembahyang : : >Date: Tue, 2 Jan 2001 09:29:06 +0800 : : : >A'kumm....... : : > : : > Saya ingin mengemukakan satu persoalan iaitu :- : : >1) Boleh tak seorang perempuan yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain daripada inai itu mengerjakan solat? Sedangkan rambut yang di warnakan itu tidak hilang lagi tetapi dia sudah : ingin bertaubat dan mengerjakan solat seperti sediakala. : : >Saya rasa itu saja buat kali ini. Kalau sesiapa ada pendapat dan pandangan tolonglah replykan email ini ...... : : > : : >Sekian Wassalam : : >Sheikh