From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] FW: GELAGAT SYAITAN DI MAJLIS KENDURI Date: Tuesday, 24 April, 2001 15:39 salamun alaikum, para netters yang dirahmati Allah, pantaskan cerita seperti di bawah terhidang di lis dakwah ini? ke mana nak di bawa umat Islam, ha? 'afwan wassalam. Ôã-ÊÔÉáÇÚãå ----- Original Message ----- From: "Mahiran Mutalib" To: "Dakwah (E-mail)" Sent: Tuesday, April 24, 2001 2:22 PM Subject: [Dakwah] FW: GELAGAT SYAITAN DI MAJLIS KENDURI : > > DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA(TOK DAHAMAN) YG TINGGAL DI KG SIDAM, : KEDAH KPD MAJALAH IKTIBAR. : > > : > > Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia : > > bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung. : > > Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah : > > mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam : > > menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka : > > terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, : > > didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang : > > pokok besar yang telah tumbang.Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, : > > siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?. Tetapi, dia : > > mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana : > > didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan : > > telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat : > > panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman : > > bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah : > > satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan : > > yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? : > > mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah : > > lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok : > > Dahaman. : > > : > > Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia : > > untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah : > > kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan : > > tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia : > > tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak : > > dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak : > > syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut : > > anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap : > > benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti : > > kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka : > > memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut : > > berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah : > > mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. : > > : > > Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan : > > isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh : > > isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri : > > mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak : > > tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan : > > bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat : > > memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis : > > najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca : > > Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air : > > kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke : > > dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba : > > manusia. : > > : > > Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi : > > tidak tergamak untuk makan. org ramai pada hari itu menjadi hairan : > > melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia : > > amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada : > > berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan : > > manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah : > > dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang : > > makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan : > > tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya : > > telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya : > > bagaimana Tok Dahaman boeh melihat syaitan. Apabila mendengar : > > penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil : > > memijak kepala orang ramai. : > > : > > Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri : > > Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan : > > kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan : > > lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. : > > Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu : > > bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil : > > mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air : > > kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut : > > ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek : > > bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya : > > berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau : > > busuk itu. Rupa syaitan betian tersebut sgt menggerunkan. Keadaan : > > mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap : > > dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut : > > mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap : > > mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. : > > : > > Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika : > > kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, : > > sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah : > > BISMILLAH.....WASSALAM. : > > --DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, : > > EDISI PENGENALAN, : > > CETAKAN PERTAMA 1999.