From: "muhdisa" To: Subject: Re: [Dakwah] Re: Thank You Date: Monday, 08 January, 2001 18:02 wa alaikumussalam, terdapat dua jenis tamak mengikut kefahaman dalam agama islam: (a) tamak kepada harta / kemewahan hidup duniawi, (b) tamak kepada ilmu, keteguhan iman dan kerja kebajikan / amalan shalih. tamak jenis yang pertama dikeji dalam islam. tamak inilah disenaraikan sebagai penyakit kalbu yang berbahaya dan tercela (mazmui) yang tidak akan mendatangkan kejayaan / kemenangan / kebahagiaan hidup di dunia, apalagi di akhirat. malah sebaliknya akan memperuntukkan kerugian / kesengsaraan fizikal, spiritual dan mental, sama ada di akhirat maupun di dunia, bukan kepada dirinya sendiri saja, tetapi juga kepada keluarganya dan juga orang lain. Dalam kehidupan duniawi, pengidap penyakit tersebut sering dikuasai oleh rasa haloba, tak pernah berasa puas, tak pernah berasa cukup, dengan apa yang dimilikinya. Inilah antara ciri orang yang disifatkan sebagai tidak mensyukuri nikmat Allah. Dia sentiasa merasakan dirinya miskin walaupun sudah kaya. dia sentiasa mengejar dan akan membolot harta tanpa mempertimbangkannya sama ada halal atau haram, tak kira apa-apa lagi, walaupun akan mengganggu atau menyusahkan orang lain. penyakit tamak sering juga mengabui mata pengidapnya sehingga mudah tertipu, misalanya dalam penipuan skim cepat kaya. antara langkah untuk merawat penyakit tamak kepada harta duniawi ini, kita jangan melihat ke atas, tapi hendaklah melihat ke bawah. melihat ke atas bermaksud, kita menilai / mengukur diri kita dengan membuat perbandingan kepada kehidupan orang yang lebih kaya daripada kita. ini berbahaya, kerana sampai bila-bila masa pun kita berasa kekurangan dan ketinggalan lalu berasa tak pernah cukup dengan apa yang ada. melihat ke bawah bermaksud kita membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang yang lebih miskin daripada kita. dengan ini kita akan mencapai rasa puas dan cukup (iqna') dengan kurniaan Allah yang telah kita terima. lalu kita berjaya menyuburkan ras kesyukuran kepada Allah. jenis tak yang kedua, yakni tamak dalam mengerjakan amalan shalih, kerja kebajikan dan amal ibadat kepada Allah. sikap tamak seperti ini dituntut dalam islam. orang yang bersikap tamak ini mendapat pujian dan tersebut dalam firman Allah yang bermaksud : "Lambung mereka jauh dari tempat tidur mereka sedangkan mereka berdoa kepada Tuhan mereka (beribadat) dengan rasa takut dan tamak (penuh harap) ..." (QS., al-Sajadah : 16). wallahu a'lam. شم-تشةلاعمه ----- Original Message ----- From: To: Sent: Monday, January 08, 2001 3:29 PM Subject: [Dakwah] Re: Thank You : Assalamualaikum, : : Seperti yang diramal, email ini menjelma lagi kepada penghantar. Ada sesiapa yang mempunyai penawar untuk wabak nak cepat kaya ni? Kepada saudara yang : menggunakan nama ASIKBANGET ini di TheMail.com, tolonglah hentikan autoresponder anda. Kalau berterusan, akhirnya tak ada siapa nak hantar email pada Dakwah : lagi. Dan kita sesama umat Islam juga yang rugi. : : ENGLISH : As predicted, this email returns to the sender. Has anyone got any remedy for this epidemic to become rich overnight? To the person using the name ASIKBANGET : at TheMail.com, please stop your autoresponder. If it still persists, in the end no one will ever sent any email to Dakwah again. And we, as Muslims will be the one to lose. : asikbanget@themail.com on 08.01.2001 02:57:19 pm : : To: Rezza Huzzieni/BMI/BBRAUN@BBRAUN : cc: : Subject: Thank You : : Thank you for emailing me. I will reply your email ASAP. Check it out this site ...... : You Will Get $US 5 For Sign up, $US 2 For Referral, $US 0.03 For Searching (Like Yahoo/ Altavista) ........