From: Khadijah Ghazali Umat akhir zaman Date: Wednesday, 16 June, 1999 15:32 Pada suatu hari, Saiyidina Ali k.w. mencari Baginda Rasul dan puas dia pergi ketempat-tempat yang boleh bertemu Rasullullah s.a.w. tetapi tidak diketemunya juga. > Akhirnya Saiyidina Ali teringat sebuah gua dimana > Rasullullah s.a.w. sering menyendiri...di sana diberi > salam dan salamnya dijawab oleh Rasullullah s.a.w., > lalu dijemput masuk.Ditemui akan Saiyidina Ali k.w. > Rasulullah s.a.w. didalam keadaan yang amat sedih. > Maka ditanya Saiyidina Ali k.w., apakah punca yang > menyebabkan Baginda begitu bersedih. Baginda terlalu > hiba untuk menjawab tetapi mengisyaratkan Saiyidina > Ali k.w. melihat dihujung gua itu, dan agar > memberitahu Rasulullah apa yang dilihatnya. > > Saiyidina Ali pun berjalan kehujung gua, dan > didapatinya seekor merak yang tersangat cantik, > bulunya berkilat-kilat tetapi alangkah buruknya > perangainya yang sedang asyik memakan bangkai. Saiyidina Ali cepat-cepat beredar mendapati > Rasulullah dan menceritakan apa yang telah > dilihatnya. Sabda Rasullullah, "itulah yang amat > menyedihkan aku; yang engkau lihat tadi ialah umat > ku di akhir zaman, mereka hidup didalam serba > kemewahan berbanding dengan kita, rumah besar dan > cantik, mereka mewah dengan pakaian dan harta tetapi > mereka ibarat merak yang suka memakan > bangkai... mereka menyeru kepada yang mungkar, dan > melarang kebaikan, mereka hidup dengan rezki yang > haram, sehingga yang baik diterima sebagai buruk, > dan yang buruk dianggap baik. Begitulah rendahnya > iman mereka. > > Kemudian Baginda mengarahkan Saiyidina Ali k.w. > pergi kehujung yang bertentangan pula. Maka > Saiyidina Ali k.w. pun beredar kehujung gua sebelah > sana, dan beliau mendapati seorang abid yang duduk > dengan penuh khusyu' beribadah dan tidak > menghiraukan sekelilingnya. Beliau dengan segera > mendapatkan Rasulullah s.a.w. untk bertanyakan > maksud yang dilihatnya tadi. Sabda Rasulullah > s.a.w., "bukan semua umat ku diakhir zaman hidup > dengan mewah dan melupakan Allah; ada juga yang > menghabiskan usianya semata-mata dengan beribadah > kepada Allah, seolah-olah menghendaki syurga itu > hanya menjadi miliknya sahaja. Ia tidak > menyampaikan seruan Islam kepada semua, walaupun ia > telah dikurniakan ilmu olih Allah.