From: "Sulaiman Idris" To: Subject: RE: [Astronomi_Malaysia] conversion Date: Tuesday, 14 November, 2000 11:56 Untuk mengetahui hari jika tarikh diberikan. Dengan formula yang diberikan seperti di bawah : S = X - 1 + [( X - 1) / 4]-[( X- 1) / 100] + [(X - 1) / 400] + C masalah anda Insya-Allah akan selesai. di mana : X ialah tahun berkenaan C ialah jumlah hari dari 1 Jan hingga tarikh yang diberikan (Termasuk tarikh yang diberikan) dan S ialah jumlahnya. Dimaklumkan di sini bahawa nilai dalam kurungan iaitu [ ] adalah sentiasa positif. Dan jika nilai dalam kurungan adalah seperti berikut, maka:- [ 14.11 ] = 14 [ 14.55 ] = 14 [ 14.99 ] = 14 Jumlah ,S yang didapati perlu dibahagi dengan 7 Jika tiada baki maka hari tersebut adalah hari Ahad Jika berbaki satu maka hari tersebut adalah hari Isnin Jika berbaki dua maka hari tersebut adalah hari Selasa Jika berbaki tiga maka hari tersebut adalah hari Rabu Jika berbaki empat maka hari tersebut adalah hari Khamis Jika berbaki lima maka hari tersebut adalah hari Jumaat Jika berbaki enam maka hari tersebut adalah hari Sabtu CONTOH:- Tarikh = 4 Ogos 2000 Maka, X = 2000 C= 217 Didapati : 1999 / 4 = [ 499.75 ] = 499 1999 / 100 = [ 19.99 ] = 19 1999 / 400 = [ 4.9975 ] = 4 Oleh itu :- S = 1999 + 499 - 19 + 4 + 217 S = 2700 Dan 2700 / 7 menghasilkan baki 5 Oleh itu tarikh 4 Ogos 2000 adalah hari Jumaat. >To: astronomi_malaysia@egroups.com >From: muhdisa >Date: Sun, 12 Nov 2000 07:54:32 +0800 >Reply-To: Astronomi_Malaysia@egroups.com >Subject: [Astronomi_Malaysia] conversion > >salam, > >apakah ada formula lain selain di bawah? > >bagaimana nak convert antara tarikh dalam G dan H. misalnya : daripada 09. 05. 1935 kepada tarikh dalam H? > >bagaimana nak pastikan nama hari pada 09.05. 1935 itu? > >tq. ------ Kepada netters semua yang berminat berkenaan perkara di atas dan juga tentang astronomi Islam sila berkunjung ke web site ini. http://www.solat.net . ------ Tahukah anda tarikh lahir anda dalam tahun hijrah ? Jika tidak… sdr /i boleh gunakan program Taqwim yang saya lampirkan dengan e-mail ini untuk menukar tahun masihi ke hijrah secara kiraan falak. Progam "Taqwim Hijrah 1.5" ini adalah PERCUMA. Cara nak guna: 1) savekan fail "taqwim.exe" yang dilampirkan ini ke dalam Hard Disk anda. Sais fail (30 Kb) 2) run fail ini untuk ekstrak fail zip di mana 2 fail akan diekstrak ("Taqwim15.exe" dan "Tqmpas.chk") ke dalam folder "C:\Taqwim" 3) run fail "Taqwim15.exe" dan arahan seterusnya terdapat dalam program tersebut. Nota : Program ini adalah program "DOS" maka ia boleh digunakan oleh pengguna Windows 3.x, win 95/98 dan Windows NT. Kiraan ini mungkin tidak tepat dengan perbezaan 1 atau 2 hari. Kejituan adalah tertakluk kepada rukyah iaitu dengan melihat anak bulan. Program ini ditulis berdasarkan kaedah kiraan yang ditulis oleh Hj. Md. Khair Hj. Md. Taib (ahli pakar falak Sharii yang terkemuka) dalam bukunya "Taqwim Hijrah Khairiah" terbitan UKM 1987. Name: taqwim.exe taqwim.exe Type: unspecified type (application/octet-stream) Encoding: base64