From: "Jebat Mahsuri" To: ; ; ; ; Subject: [Dakwah] Fwd: DEWAN KULLI-MUSLIM/MUSLIMAH sambungan MAULID RASUL S.A.W. Date: Sunday, 23 July, 2000 21:28 ----Original Message Follows---- From: "ust.Harun Ta'at" CC: recipient list not shown: ; Subject: DEWAN KULLI-MUSLIM/MUSLIMAH sambungan MAULID RASUL S.A.W. Date: Tue, 13 Jun 2000 09:03:25 MYT MIME-Version: 1.0 X-Originating-IP: [161.142.3.18] Received: from [207.138.41.166] by hotmail.com (3.2) with ESMTP id MHotMailBB1216ED0032D820F3D4CF8A29A630BF92; Thu Jun 15 05:29:45 2000 Received: from [10.1.10.35] by mo.egroups.com with NNFMP; 15 Jun 2000 12:29:02 -0000 Received: (qmail 30641 invoked from network); 15 Jun 2000 12:28:59 -0000 Received: from unknown (10.1.10.27) by m1.onelist.org with QMQP; 15 Jun 2000 12:28:59 -0000 Received: from unknown (HELO fg.egroups.com) (10.1.2.134) by mta2 with SMTP; 15 Jun 2000 12:28:59 -0000 Received: from [10.1.10.119] by fg.egroups.com with NNFMP; 15 Jun 2000 12:28:59 -0000 Received: (qmail 10587 invoked from network); 13 Jun 2000 01:03:25 -0000 Received: from unknown (10.1.10.27) by m2.onelist.org with QMQP; 13 Jun 2000 01:03:25 -0000 Received: from unknown (HELO hotmail.com) (209.185.241.243) by mta2 with SMTP; 13 Jun 2000 01:03:25 -0000 Received: (qmail 73124 invoked by uid 0); 13 Jun 2000 01:03:25 -0000 Received: from 161.142.3.18 by www.hotmail.com with HTTP; Mon, 12 Jun 2000 18:03:25 PDT From sentto-1664342-164-961072140-jmahsuri Thu Jun 15 05:34:37 2000 X-eGroups-Return: sentto-1664342-164-961072140-jmahsuri=hotmail.com@returns.onelist.com X-eGroups-Return: ust_harun@hotmail.com X-eGroups-Approved-By: jalil@fka.utm.my via web; 15 Jun 2000 12:28:58 -0000 Message-ID: <20000613010325.73123.qmail@hotmail.com> Mailing-List: list kullu-muslim@egroups.com; contact kullu-muslim-owner@egroups.com Delivered-To: mailing list kullu-muslim@egroups.com Precedence: bulk List-Unsubscribe: FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnu Jauzi : " Bahawa satu daripada perkara-perkara yang telah mujarrab (iaitu telah dicuba dan didapati benar) ialah bahawa meraikan atau merayakan Maulid Nabi s.a.w. itu akan mendatangkan keamanaan yang penuh pada sepanjang tahun ditempat yang diadakan keraian." Ada seorang raja yang bernama Abu Sa'id Al Mudzaffar yang memerintah sebuah kota bernama Irbil dekat dengan bandar Al Mausol, Iraq adalah seorang raja yang bijaksana, berani, gagah, pintar, alim dan adil. Ia telah mengadakan dan merayakan Maulid Nabi s.a.w. secara besar-besaran. Belanja yang dikeluarkan setiap tahun untuk majlis tersebut adalah 300,000 dinar. Perbuatannya itu dipersetujui oleh ulama-ulama dan orang-orang saleh keseluruhannya. Dalam setengah perayaan Maulid yang baginda adakan, ada orang yang mengira jamuannya terdiri daripada 5,000 ekor kambing panggang,10,000 ekor ayam dan 100,000 mangkuk dan 300,000 pinggan besar yang mengandungi gula-gula dan manisan. Baginda juga menyediakan sebuah rumah besar untuk tetamu yang datang dari seluruh pelusuk negara sebagai tempat penginapan. Untuk rumah tersebut baginda berbelanja sebanyak 100,000 dinar sedangkan baju raja tersebut hanyalah dari kain kapas yang keras dan tidak lebih dari lim helai. Ketika ditegur isteriny beerkenaan dengan pakaiannya, baginda berkata : Memakai pakaian yang begitu lebih baik daripada memakai pakaian yang mahal dengan tidak mengambil berat terhadap orang miskin. PERMULAAN PERAYAAN MAULID Kata Syeikh As Sakhawi bahawa perayaan Maulid itu mula-mula telah berlaku selepas kurun yang ketiga. Kemudian berkekalanlah orang-orang Islam meraikan Maulid itu di ibu kota dan bandar-bandar besar dengan bersedekah pada malamnya dan membaca maulid Nabi s.a.w. (kisah kelahiran dan riwayat hidup Nabi s.a.w.) yang telah nyata berkatnya dengan mereka mendapat kelebihan yang banyak. HUKUM MERAYAKAN MAULID Di dalam fatwa-fatwa Al-Hafiz As-Sayuti r.a. di dalam bab "walimah" (memberi jamuan) bahawa ia telah ditanya tentang merayakan Maulid Nabi s.a.w. di dalam bulan Rabi'ul Awwal, apa hukumnya dari segi syara'? Dan adakah didapati pahala oleh orang yang melakukannya atau tidak? Dijawab oleh As-Sayuti, "pada pendapatku bahawa cara merayakan Maulid Nabi s.a.w. itu ialah orang-orang berkumpul beramai-ramai dan membaca sedikit ayat-ayat Al-Quran dan menceritakan kisah-kisah berkenaan Maulid Nabi s.a.w. dan perkara-perkara yang luar biasa (mu'jizat) yang berlaku semasa kelahiran nabi, kemudian mengadakan jamuan untuk orang yang datang maka ia adalah bid'ah hasanah yang dibalas pahala sesiapa yang membuatnya kerana ia ada erti membesarkan nilai Nabi kita Muhammad dan melahirkan kegembiraan atas kelahirannya. Berkata Imam Abu Syamah, guru Imam An Nawawi, " Satu daripada perkara-perkara yang yang diadakan di zaman kita ialah perkara yang dilakukan pada tiap-tiap awal tahun pada hari asalnya dilahirkan Rasulullah s.a.w. seperti bersedekah dan mengerjakan lain-lain kebajikan dan menyatakan kesukaan serta menghiaskan diri dan tempat kediaman selain dari menyukakan orang-orang miskin ia juga menandakan cinta kepada Nabi s.a.w. dan membesarkannya di dalam hati dan sebagai syukur kepada Allah kerana telah mengutus Rasulullah s.a.w. sebagai rahmat sekelian manusia. Telah diriwayatkan dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang ertinya : "Barangsiapa membesarkan hari kelahiranku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk maulidku makaseolah-olah ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah" Telah berkata Saiyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. " Barangsiapa membesarkan maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dlam syurga." Telah berkata Saiyidina Omar r.a. : " Barangsiapa membesarkan maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia menghidupkan agama Islam. Telah berkata Saiyidina Osman r.a. : " Barangsiapa mengeluarkan satu dirham untuk membaca maulid Rasulullah s.a.w. maka seolah-olah dia mati syahid di dalam peperangan Badar dan Hunain." Telah berkata Saiyidina Ali r.a. : " Barangsiapa membesarkan maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia tidak akan keluar daripada dunia melainkan keadaannya di dalam iman." Imam Syafie r.h. : "Barang siapa yang mengumpulkan orang-orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi s.a.w. dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajiakan, nescaya Allah Taa'la akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama dengan wali-wali, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat." PERKATAAN-PERKATAAN AULIA' Telah berkata Hasan Al-Basri : " Aku ingin kalaulah aku mempunyai emas sebanyak gunung Uhud, nescaya aku akan membelanjakannya untuk membaca Maulid Rasulullah s.a.w." Telah berkata Junaid Al Baghdadi : "Barangsiapa hadir pada majlis Maulid Nabi s.a.w. dan membesarkan majlis itu, maka sesungguhnya dia telah menang dengan iman." Berkata Ma'ruf Al Kukhi : " Barangsiapa yang menyediakan makanan untuk membaca maulid Rasulullah s.a.w. dan mengumpulkan orang-orang Islam serta menerangi kawasan yang gelap dan memakai pakaian-pakaian yang baru dan berwangi-wangian serta bercantik-cantik dengan tujuan membesarkan Maulid nabi s.a.w. maka Allah Taala akan mengumpulkan dia di padang Mahsyar di hari kiamat kelak bersama dengan kumpulan-kumpulan yang pertama di antara Nabi-nabi dan ia akan mendapat setinggi-tinggi tempat di dalam syurga." Berkata As Sirri As Saqti : "Barangsiapa pergi ke tempat ada dibaca disitu Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia diberi satu kebun daripada kebun-kebun Syurga kerana ia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah s.a.w. ~ Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barangsiapa cintakan aku, nescaya ia akan bersamaku di dalam syurga." Berkata Jalaluddin As Sayuti : "Barangsiapa orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid nabi s.a.w. nescaya Allah Taala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, balak, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila ia mati maka Allah Taala akan memudahkan dia menjawab soalan-soalan Munkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang benar (As Siddiqin) di sisi Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Besar kerajaanNya." ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ------------------------------------------------------------------------ BTW: Did you buy that new car yet? If not, check this site out. They're called CarsDirect.com and it's a pretty sweet way to buy a car. http://click.egroups.com/1/6847/2/_/30126/_/964358799/ ------------------------------------------------------------------------ Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Untuk melanggan: Hantar email ke dakwah-subscribe@egroups.com Berhenti melanggan: Hantar email ke dakwah-unsubscribe@egroups.com Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Bina empayar and di Internet!! http://www.netmyne.com/