From: JANGAN BERMUQAARANAH (مقارنه) DGN IMAM Kalau kita solat berjamaa'ah di mana2 masjid/surau, kita akan dapati mungkin lebih 90% drp para ma`muumiin adalah bermuqqaranah dgn imam mereka. Mengikut 'ulamaa` jhk dalam Madzhab Syaafi'ii, bermuqaranah dgn imam dalam perkara2 fi'li (perbuatan) akan MENGHILANGKAN pahala solat berjama'ah. Dan adalah haram bermuqaranah dgn imam pada Takbiratul Ihram. MEREKA SOLAT BERJAMA'AH TETAPI TIDAK MENDAPAT PAHALA SOLAT BERJAMA'AH [1]Drp kitab Sairussaalikiin Fii Thariiqotissaadaatis- sufiyyah bagi Al-'Aalim Al-'Allaamah Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, Juzu` 1, halaman 75, baris 4 dari bawah: Kata Imam Al-Ghazali rah.a., ia nuqil drp setengah 'ulama : الناس يخرجون من الصلاة على ثلاثة أقسام طائفة بخمس وعشرين صلاة وهم الذين يكبرون ويركعون بعد ركوع الامام وطائفة بصلاة واحدة وهم الذين يساوونه وطائفة بلا صلاة وهم الذين يسابقون الامام. [Ertinya: Bermula manusia yg keluar drp solat itu atas tiga bahagi: Pertama :Kaum yg keluar drp solat itu dgn mendapat pahala berjama'ah 25 kali solat dan mereka itulah yang takbir dan ruku' ia kemudian drp ruku' imam. Kedua : Kaum yg keluar drp solat itu mendapat pahala ia dgn pahala satu solat jua dan mereka itulah yg menyamai ia akan perbuatan imam. Ketiga : Kaum yg keluar drp solat itu dgn tiada mendapat sesuatu drp pahalanya dan mereka itulah yg mendahului akan imamnya]. [2] Drp kitab yg sama di atas, juzu` dan halaman yg sama juga, baris 7 dari bawah: (Dan adab yg kedua) :Sayogianya bagi ma`mum itu bahawa jangan ia mendahului akan ruku' imam dan sujudnya tetapi hendaklah ia terkemudian drp imamnya sekira2 jangan ia ruku' melainkan apabila sampai imam itu kpd ruku' sekurang2 ruku' dan jangan ia tunduk bagi sujud melainkan apabila sampai muka imam kpd tempat sujud. susunan Al-'Allaamah اتحاف السادة المتقين بشرح احياءعلوم الدين [3] Drp kitab As-Sayyid Muhammad Al-Husaini Az-Zubaidi Asy-Syahiir Bi Murtadha, Jilid 3, halaman 333, baris 10 dari atas: (وقد قيل : ان الناس يخرجون من الصلاة على ثلاثة أقسام : طائفة) و لفظ القوت : قسم (بخمس وعشرين صلاة و هم) هؤلاء ( الذين يكبرون ويركعون بعد ركوع الامام) و في نسخة : بعد الامام، ولفظ القوت : الذين يرفعون و يضعون بعده، (وطائفة بصلاة واحدة) وفي القوت : وقسم بدل طائفة (وهم الذين يساوونه)ولفظ القوت : الذين يكبرون و يركعون ويسجدون معه مواصلة له و مبادرة، (وطائفة) ثالثة يخرجون (بلا صلاة وهم الذين يسبقون الامام) فان سبقه من الكبائر. ولفظ القوت : الذين يرفعون و يضعون قبله و يسابقونه. [Mafhumnya: Dan sesungguhnya telah dikatakan: Sesungguhnya manusia yg keluar drp solat itu terbahagi kpd tiga bahagian(golongan atau thaifah). Dan di dlm lafaz Al-Quut (disebut qism iaitu bahagian). Golongan atau thaifah yg pertama mendapat pahala berjama'ah sebanyak 25 kali solat dan mereka itu ialah orang yg melakukan takbir dan ruku' selepas ruku'nya imam. Dan di dlm satu naskhah yg lain disebut sebagai kaum yg melakukan takbir dan ruku' selepas imam. Dan di dlm lafaz Al-Quut disebut mereka itu adalah kaum yg melakukan rafa' (mengangkat) dan meletakkan selepas imam. Golongan atau thaifah yg kedua mendapat pahala hanya satu solat sahaja. Dan di dlm Al-Quut qism(bahagian) digantikan dgn tooifah atau golongan.Dan mereka itu ialah orang yang saling menyamai akan imamnya. Dan di dlm lafaz Al-Quut disebut mereka itu adalah orang yg melakukan takbir dan melakukan ruku' dan melakukan sujud bersama imam secara saling bermuwaasolah baginya (saling berhubung dan bergabung) dan saling bermubaadarah (saling bergegas-gegas). Golongan atau tooifah yg ketiga pula ialah bila keluar drp solat langsung tak mendapat pahala walaupun satu solat. Mereka ini adalah orang yg mendahului akan imam.Maka sesungguhnya mendahului akan imam itu termasuk dosa besar (al-kabaair).Dan di dlm lafaz Al-Quut disebut mereka itu adalah orang yg melakukan rafa' (mengangkat) dan meletakkan sebelum imam dan saling bermusaabaqoh (saling berlumba2 atau saling bertanding atau saling bersaing) dgn imam]. [4]Para sahabat r.a. tidak akan membongkok untuk sujud selagi Rasuulullaah saw tidak meletakkan dahinya yg mulia di atas tanah atau tempat sujud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan hadith berikut: عن البراء و هو غير كذوب أنهم كانوا يصلون خلف رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم فاذا رفع رأسه من الركوع لم أر أحدا يحنى ظهره حتى يضع رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم جبهته على الأرض ثم يخر من وراءه سجدا . (رواه مسلم) [Mafhumnya: Drp Al-Baraa`,dan dia bukanlah seorang pembohong, katanya: Bahawa mereka (iaitu para sahabat r.a.) menunaikan solat di belakang Rasuulullaah saw (iaitu solat berjama'ah bersama beliau saw), maka apabila beliau mengangkat kepalanya drp ruku' (katanya): Aku telah tidak melihat seorang pun yg membungkukkan belakangnya sehinggalah Rasuulullaah saw meletakkan dahinya di atas tanah (tempat sujud), kemudian baharulah ma'mum yg dibelakang Baginda saw turun untuk melakukan sujud]. (Riwayat Muslim). ,Juzu` 2, halaman 96, baris 6 dari (سنن النسائى) [5]Drp kitab Sunan an-Nasai atas: أخبرنا يعقوب بن ابراهيم قال حدثنا البراء و كان غير كذوب أنهم كانوا اذا صلوا مع رسول اللّه صلى اللّه عليه و سلم فرفع رأسه من الركوع قاموا قياما حتى يروه ساجدا ثم سجدوا. [Mafhumnya: Telah mengkhabarkan akan kami oleh Ya'quub bin Ibraahiim, katanya, telah menceritakan akan kami oleh Al-Baraa` dan adalah ia seorang yg bukan pembohong, bahawa mereka (para sahabat r.a.) adalah telah bersolat bersama Rasuulullaah saw , maka mengangkatlah beliau saw akan kepalanya drp ruku'. Para sahabat r.a. (kemudiannya) telah berdiri (qiyam), dan mereka r.a. itu terus berdiri sehinggalah mereka melihat Baginda saw dlm keadaan sujud kemudian baharulah mereka sujud. (An-Nasai). Jadi jelaslah drp hadith An-Nasai ini bahawa para sahabat r.a. terus berdiri dlm i'tidaal dan mereka r.a. hanya akan turun untuk sujud setelah mereka melihat Baginda saw dlm keadaan sujud]. [6]Jangan saling bermuqaaranah dgn imam (iaitu jangan saling menyertai akan imam). Drp Sunan An-Nasai yg sama di atas, Juzu` dan halaman yg sama, baris 2 dari bawah : (ثم سجدوا) أى فحق المقتدى أن يتأخر عن امامه فى الأفعال لا أن يقارنه و أيضا المقارنة قد تؤدى الى تقدم المقتدى على الامام و ذلك منهى عنه. [Mafhumnya: (Sehinggalah mereka r.a. melihat Baginda saw dlm keadaan sujud , baharulah kemudiannya mereka melakukan sujud) Iaitu maka adalah menjadi haq orang yg mengikut untuk menta'khirkan drp imamnya dlm af'aal atau perbuatan2 , janganlah ia saling bermuqaaranah dgn imamnya, kerana dgn berlakunya muqaaranah itu juga akan menyebabkan atau menyampaikan orang yg mengikut itu (ma`mum) kpd taqaddum (lebih kedepan) ke atas imamnya. Dan itu adalah ditegahkan drpnya]. Demikianlah sedikit penerangan untuk kita sama-sama mengambil i'tibar drpnya, khasnya mengenai adab2 dan tatatertib2 bila kita manjadi ma`mum.Sebenarnya banyak lagi kitab2 lain yg menerangkan perkara yg berkenaan ini. Solat adalah satu2nya harta yg akan kita bawa untuk menemui Allah swt. Alangkah rugi dan menyesalnya kita jika berlaku kebocoran dan kekurangan di sana sini dlm solat kita !! Jadi marilah kita sentiasa mempertingkatkan kehalusan dan kesempurnaan solat kita dari sudut zahir dan batin. Semoga mutu solat kita hari ini lebih baik dari yg semalam, dan semoga mutu solat kita yg besok hari lebih baik drp yg hari ini. والسلام عليكم ورحمة اللّه و بركاته. عبدالجليل