From: "nek" To: "ggu kelatte" Subject: [Kelatte] Pembahagian Waktu Solat Date: Tuesday, 16 January, 2001 13:49 Pembahagian Waktu Solat Waktu-waktu solat keseluruhannya terbahagi kepada: 1.Waktu Fadhilat -Waktu paling utama(afdhal), iaitu pada awal waktu. 2.Waktu Ikhtiar -Selepas waktu fadhilat hingga sekira-kira boleh menghabiskan solat dengan sempurna dalam waktunya. 3.Waktu Harus (jawaz) -Sama seperti waktu ikhtiar. Hukumnya sama seperti hukum waktu ikhtiar melainkan: a. Pada waktu Asar, berkekalan hingga kuning matahari b. Pada waktu Isyak, berkekalan hingga fajar sadiq c. Pada waktu Subuh, sehingga merah di tepi langit 4.Waktu Hurmah -Iaitu akhir waktu yang mencemaskan sekira-kira tidak sempat menyempurnakan solat di dalam waktunya. 5.Waktu Darurat -Iaitu bagi orang yang baru hilang daripada perkara yang menegah solat seperti haid, nifas, gila dan seumpamanya yang ketika itu kadar waktu solat yang ada hanyalah sekadar sempat mengangkat takbiratul ihram saja. Oleh kerana itu wajib diqadha pada waktu selepasnya. 6.Waktu Idrak -Iaitu waktu antara awal waktu dengan datang halangan untuk solat seperti datang haid, bersalin dan sebagainya. Jika dalam jangkamasa tersebut seseorang itu sepatutnya sempat melakukan solat tetapi dia tidak melakukannya, maka solat yang ditinggalkan itu wajib diganti. 7.Waktu Harus (jawaz), tetapi makruh - Waktu Asar: bermula dari kuning matahari hingga berkekalan sampai waktu akhir kadar lulus solat - Isyak: bermula dari fajar kazib hingga ke waktu akhir kadar lulus solat - Subuh: bermula dari merah tepi langit hingga ke waktu kadar lulus solat. 8.Waktu Uzur -iaitu waktu di antara Zuhur dengan Asar (antara hujung waktu Zuhur dan awal waktu Asar) atau Maghrib dengan Insyak, jamak taqdim atau ta’khir bagi orang yang musafir. 9.Waktu Tahrim (waktu yang diharamkan solat) - Ketika matahari akan terbit - Ketika matahari rembang, tegak di atas kepala - Sesudah solat Subuh sama ada ketika matahari sedang terbit ataupun belum - Ketika matahari akan terbenam - Sesudah solat Asar, sama ada ketika matahari akan terbenam atau belum. [Non-text portions of this message have been removed]