From: "Ramli Rahim" To: Subject: [Dakwah] Fwd: [sastera_malaysia] Surat Cinta Untuk Lady Daniel Tersayang Date: Saturday, 07 October, 2000 11:12 --- In sastera_malaysia@egroups.com, "Ramli Abdul Rahim" wrote: SURAT CINTA TERAKHIR UNTUK LADY DANIEL ISKANDAR AIMAN TERSAYANG Salam sayang untuk Lady Daniel, Semoga Allah memberi hidayah untukmu melihat yang hitam itu hitam dan yang putih itu putih. 'Human kind cannot bear very much reality'. T.S. Eliot MUKADIMAH Kutulis warkah cinta terakhir buatmu dengan ungkapan yang sering kuperdengarkan bahawa kita semua akan dihadapkan di mahkamah Allah Robul Jalil di Yaumil Mahsyar nanti. GILA (PSYCHO) Watak JACK NICHOLSON di dalam "ONE FLEW OVER THE CUCKOO'S NEST" menggambarkan seorang lelaki yang siuman tetapi buat-buat tidak siuman untuk merasai kehidupan rumah sakit jiwa (mental institution)di Amerika. Orang yang tidak gila itu akhirnya menjadi gila dan menemui maut ekoran kejutan elektrik yang dikenakan ke atas kepalanya. Moral daripada cerita tersebut, janganlah kita membahayakan diri sendiri memasukilubuk yang kita sendiri tidak ketahui. Peribahasa Arab ada mengatakan 'MAN HAFARO HUFROTAN LI AKHIHI WA QA'A FI HA ' (He who digs a hole for his brother stumbles into it). PERMASALAHAN GLOBAL Eloklah saya perturunkan perbualan di antara dua orang wartawan Mesir di birai Sungai Nil di satu petang yang indah sebagai bahan renungan. MA HIA MASYAKIL RO'ISIYAH FIL MUJTAMA'? Apakah permasalahan utama di dalam masyarakat? SALASU MASYA KIL HIA AL-FAKR, WAL-JAHL, WAL-MARODH. Ada tiga permasalahan, Kemiskikanan, Kejahilan dan penyakit. WA KAIFA NU ALIJ HAZIHI MASYA KIL? Jadi bagaimanan kita menangani masalah ini? HAL NAB DA' BI MUSY KILATIL FAKR Adakah kita mulakan dengan permasalahan kemiskinan LI ANNAHU YUSABIBUL JAHL WAL MARODH? Kerana ia menyebabkan kejahilan dan penyakit? AM NAB DA' BI MUSYKILA TIL JAHL Atau kita mulakan dengan menangani permasalahan kejahilan LI ANNAHU YUSABIBUL FAKR WAL MARODH? Kerana ia menyebabkan kemiskinan dan penyakit? AM NU ALIJ MUSYKILATIL MARODH AWALAN? Atau perlukah pertama-tama kita selesaikan masalah penyakit? LA! AL HALUL SOHIH Tidak! Perkara sebenarnya HUA AN NUALIJ HAZIHI MASYAKIL KULAHA FI WAKTIN WAHID! Kita seharusnya menangani semua perkara ini serentak pada waktu yang sama. Kejahilan, kemiskinan dan penyakit adalah anugerah Allah. This is a basic generalised statement. Dan hakikatnya memang begitu. Orang yang jahil perlu belajar. Kemiskinan tidak boleh dihapuskan daripada muka bumi Allah. Itu adalah sunnah Allah. Allah has made it such as a part and parcel of life. Masalah kemiskinan akan terus menjadi agenda United Nations pada abad mendatang (Falk, Richard A, The United Nations and a Just World Order,San Francisco, West View Press, 1991); World bank, The Assault On World Poverty, John Hopkin University Press, 1975). Itulah sebabnya dalam Islam terdapat institusi zakat bagi menangani masalah kemiskinan tetapi bukan untuk membasmi kemisknan. Manusia tidak boleh mencampuri urusan Allah yang telah menentukan perjalanan hidup di bumi-Nya yang serba sementara ini. ILMU Syaitan takut dengan orang yang berILMU. Semasa Sayidina Omar hendak memasuki masjid, beliau dapati ada seorang yang sedang tidur di dalam masjid dan seorang lagi sedang sembahynag. Beliau nampak Syaitan terjengah-jengah di pintu masuk masjid. Lantas Sayidina Omar bertanya Syaitan gerangan apakah dia tercegat di pintu. Syaitan berkata, "Aku takut dengan orang yang tidur di sana tu sebab dia orang yang berILMU sedangkan orang yang sedang sembahyang itu tidak berILMU". Begitulah hebatnya ILMU sehinggakan orang yang tidur digeruni SYAITAN justeru ilmu yang terkandung di dalam dadanya. Syaitan tidak takut dengan ahli ibadat yang tidak berILMU. Justeru itu adalah menjadi kewajipan setiap Muslim dan Muslimat untuk menuntut ILMU yang dapat menyelamatkan diri daripada kesesatan dan menjadi pagar Iman dan Islam. Dengan ILMU jugalah dapat membezakan di antara HAK (kenebaran) dan yang BATIL (salah). Walau bagaimanapun sekali CELAKA bagi orang yang jahil yang tidak belajar, tetapi SERIBU CELAKA bagi orang yang alim yang tidak beramal dengan ILMUnya. Ada tiga golongan yang menuntut ILMU; (1) Orang yang mencari ILMU untuk bekal kembali ke akhirat dan semata-mata mencari keredhaan Allah dan negeri akhirat. Inilah orang yang bahagia. (2) Orang yang mencari ILMU untuk membantunya dalam kehidupan dunia. (3) Orang yang telah dikuasai Syaitan. Dia menuntut ilmu bertujuan untuk mendapat harta sebanyak-banyaknya, untuk angkuh dengan kedudukan dan banyaknya pengikut. Dengan ILMUnya dia menaruh harapan segala keperluan dunia akan tercapai. Orang seperti ini menggunakan ILMU untuk tujuan harta. Dalam hatinya tersimpan bahawa di sisi Allah dialah mulia, kerana mendapat tanda dan terukir sebagai ulama pada pakaiannya dan ucapan. Fenomena dua jenis ulama' iaitu Ulama' akhirat dan Ulama' Dunia telah dijelaskan oleh Hujatul Imam Al-Ghazali di dalam IHYA' ULUMIDDIN. Rasullullah bersabda;" Aku lebih takut kepada bukan Dajjal atas kamu daripada Dajjal. Maka ditanyakan; siapa yang bukan Dajjal itu Ya Rasululah?" Baginda menjawab ; "Ulama Su' (UALAMA' JAHAT). Musuhmu yang sebenarnya adalah kejahilan. FUNDAMENTALISM Satu terminologi yang dicanangkan oleh Barat telah ditiru dituturkan persis burung kakak tua (parroting/aping the West) ialah Fundamentalist. Istilah itu kini dijadikan momokan dan turut dicanangkan oleh akhbar-akhbar di negara-negara umat Islam. Istilah Fundamentalis ini sebenarnya tidak tepat pemakaiannya dan berkonotasi negatif. Umat Islam seharusnya mempunyai sikap yang jelas bagi menjalankan tuntutan Islam yang Fundamental (Asas). Tuntutan Muslim yang asas ialah Akidahnya mesti bersih, Islam, Beriman dan menjalankan kewajipan yang difardukan. Seorang Muslim yang baik ialah yang melaksanakan segala yang fundamental dalam Islam. It seems that the term has been used lopsided against Muslims all over the world just to give a grim picture about Islam and Muslims at large. Ironically some Muslims have become subservient to the West and turned against their brother Muslims by virtue of voicing their former colonial master's view on Islam. Golongan penulis, wartawan yang jadi kaki angguk dan mengiyakan apa yang Barat sebut dan buat ini amat berbahaya. Akhbar di negara ini menakal bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh AFP, Associated Press, Reuters, United Press International dan bermacam-macam lagi. Sumber Islam yang asli adalah dari Al-Quran, dan Islam dalam apa bentuk yang tidak bersumberkan Al-Quran baik Qadiyani, Abangan, Islam Ala Amerika, Islam NATWINTI (Islam masa Kahwin, Sunat (berkhatan) dan Mati) tidak akan diterima. EKSTRIM Satu lagi "cliche of the century" - ektrimis. Golongan pelampau. Cliche ini pernah digunakan pada orang yang pakai furdah, pakai jubah, pakai serban. Gambar wanita Iran bercador dengan senjata AK-47 buatan Rusia menghiasi buku Teroris Islam. Umat Islam persis kehilangan arah setelah kejatuhan Dinasti Khalifah Uthmaniyah Turki dan kejayaan Lawrence of Arabia membawa perubahan kepada politik di Arab Saudi. Mereka tercari-cari penawar kegagahan Islam yang pernah mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi serta menawan bumi Sepanyol seolah-olah hanya bisa dijadikan bahan nostalgia dan pantomim sahaja. Kecenderungan untuk kembali kepada sistem Allah dikambinghitamkan sebagai elemen Ektrim yang harus dicantas hingga ke akar umbinya. Yang amat menyedihkan bukan golongan Kufr sahaja yang takut kepada Islam, golongan Muslim yang sudah lama terjajah dengan acuan barat dan pemisahan antara duniawi dan ukhrawi (SEKULARISME) menjadi duri dalam daging Ummah. Fahaman SEKULARISME yang bukan daripada sumber Kristian tetapi adalah daripada golongan yang merasa terpenjara dengan penguasaan gereja cuba memisahkan agama dengan politik. Jadilah Pastor atau Paderi dijemput untuk upacara "pembaptisan sahaja". Umat Islam yang jumud yang meniru-meniru apa yang telah dilakukan oleh masyarakat Eropah pada zaman Renaissance kemudiannya mempunyai mentaliti; tok imam kerja baca doa dan bab politik (dicanangkan kotor) bagi kat orang politik sahaja. Sedangkan Rasululullah telah mendirikan Daulah pertama di Madinah dengan politik Islam. ISLAM SEDERHANA Ini lagi satu dikotomi yang pelik. Puak-puak yang condong pada Islam sederhana ini tidak sensitif dengan Islam sebenarnya. Golongan Islam sederhana ini tak tau pakai hadis mana. Kita boleh melihat kesederhanaan puak-puak ini apabila tiga ratu cantik wanita Islam kena tangkap. Macam-macam rasional yang dihujahkan di akhbar-akhbar yang juga tidak faham dengan Islam membela wanita yang membuat maksiat. Inilah natijah apabila editor, penulis, wartawan tidak ditarbiyah dengan Islam yang betul. Yang hitam akan dikata putih yang putih akan dikata hitam. MEMBELA YANG MUNGKAR Sikap apologetik memang diamalkan oleh Rasulullah. Tetapi apabila datang seorang perempuan yang mengandung kerana berzina dan menyerah diri pada Rasulullah untuk dikenakan hukum rejam (HUDUD) maka Rasullullah masih menawarkan agar wanita itu berfikir kembali mungkin dia tersilap .(Macam mana dah mengandung pun boleh tersilap. Itu tanda Rasulullah berhati-hati sebelum mengenakan HUDUD). Tetapi wanita itu memilih untuk direjam. Setelah kandungan lahir, dan anak disusukan selama 2 tahun, wanita itu datang menyerah diri pada Rasulullah untuk direjam. Usah cerita pasal kezaliman hukum Tuhan. Puak-puak sekular akan punya hujah macam-macam kerana mereka tak takut siksaan Tuhan. Puak-puak sekular ini memang sungguh membahayakan. ASSOBIYAH, KAUMIYAH Kasihkan bangsa dan keturunan ada bertempat. Rasulullah bersabda "KULUKUM MIN ADAM WA ADAM MIN TUROB ; setiap kamu daripada Adam dan Adam daripada tanah. Hadis itu mengingtkan bahawa kita adalah daripada acuan yang sama. Yang baik di kalangan kamu ialah yang paling bertakwa. Ketaksuban kepada Hadis Hang Tuah "Tidak Melayu hilang di bumi" adalah amat merbahaya. Ia boleh menjejaskan akidah. PERINGATAN ALLAH 'Human kind cannot bear very much reality. Itu kata-kata T.S. Eliot yang hidup matinya bukan manusia Islam. Dan Islam menekankan kebenaran. Leo Tolstoy berkata" carailah kebenaran walaupun ia datang daripada musuh kamu". AL HAQQU MINALLAH FA LA TAKAUNA MINAL MUMTARIN Kebenaran itu daripada Allah janganlah kamu terdiri daripada orang yang ragu-ragu. Semoga Tazkirah ini akan menjadibahan renunganmu. AQULU QAULI HAZA ASTGFIRULLAH LI WA LAKUM WA LI SAIRIL MUSLIMIN WAL MSULAMIT ASSALAMUALAIKUM WAROMATULAHIWABARAKATUHU. ANA AKHUKUM FILLAH RAMLI ABDUL RAHIM --- End forwarded message --- -------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~> GET A NEXTCARD VISA, in 30 seconds! Get rates as low as 0.0% Intro or 9.99% Ongoing APR and no annual fee! Apply NOW! http://click.egroups.com/1/9331/2/_/30126/_/970888269/ ---------------------------------------------------------------------_-> Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Untuk melanggan: Hantar email ke dakwah-subscribe@egroups.com Berhenti melanggan: Hantar email ke dakwah-unsubscribe@egroups.com Bina empayar anda di Internet!! http://www.netmyne.com/