Shah Rukh Khan vs umat Islam Nama Shah Rukh Khan memang tidak asing lagi bagi kita. Sebut sahaja nama artis ini, tentu saja dia akan mendapat pujian tidak kira daripada golongan tu atau pun muda. Kehadiran artis Bollywood ini dikatakan telah memberi satu sinar baru kepada dunia perfileman di India. Namun sedarkah kita artis yang bernama Shah Rukh Khan ini sebenarnya bukan sahaja murtad tetapi juga merupakan penghina Islam.Kalau mengikut cerita dari wartawan-wartawan, artis ini pada asalnya beragama Islam. Di saat - saat kematian ibunya dia bersembahyang dan memohon kepada tuhan agar tuhan memanjangkan menyelamatkan nyawa ibunya namun hajatnya itu tidak dimakbulkan. Padaketika itu dia mengatakan tidak ada gunanya memohon pertolongan kepada tuhan, yang mana dalam erti kata yang lain dia cuba menafikan keagungan tuhan, Allah s.w.t. Dalam lakonan beliau sering kali beliau menyembah berhala.Walaupun ianya sekadar lakonan, di sisi agama kita ianya merupakan satu kesalahan besar yang membawa kepada jatuhnya akhidah atau murtad. Ketika berkahwin dengan isterinya, Shah Rukh Khan melangsungkan perkahwinannya dalam adat istiadat agama Hindu. Ini satu lagi perbuatan yang bertentangan dengan Islam. Seseorang Islam yang berbuat demikian adalah secara tidak langsung perbuatan itu dianggap menghina Islam. Menurut raran-rakan Tabligh saya yang baru pulang dari India, pejuang Kashmir kini sedang cuba untuk membunuh Shah Rukh Khan. Menurut mereka seorang Islam yang berkelakuan seperti ini darahnya adalah halal. Sabda Nabi SAW yang bermaksud "Tidak halal darah seseorang muslim kecuali tiga perkara: berzina, pembunuh dan orang yang lari daripada agamanya(murtad)". Begitu sekali tegasnya para pejuang Islam di Kashmir dalam isu Shah Rukh Khan. Apa yang menyedihkan, di Malaysia sambutan atau minatnya orang ramai kepada Shah Rukh Khan melebihi segala-galanya. Kalau diletak seorang ulama di Stadium Merdeka dan pada waktu yang sama ditempatkan Shah Rukh Khan di Stadium Bukit Jalil nescaya di Stadium Bukit Jalil penontonnya lebih ramai walaupun terpaksa menghabiskan berpuluh-puluh atau beratus-ratus ringgit. Apakah orang seperti Shah Rukh Khan ini patut mendapat sanjungan? Sedangkan negara kita adalah sebuah negara Islam? Mengapa kita sanggup memberikan sokongan kepada Shah Rukh Khan sedangkan dia merupakan penghina agama kita? Di manakah terletaknya maruah Islam? Paling menyedihkan lagi ada sesetengah peminat terutamanya dikalangan anak-anak gadis Melayu Islam sanggup menunggu berjam-jam di lapangan terbang semata-mata untuk menyambut Shah Rukh Khan.Malah dua tahun lalu kecoh dalam surat khabar apabila seorang artis wanita tempatan memeluk dan mencium Shah Rukh Khan ketika Shah Rukh Khan mengadakan konsert di negara kita. Tahun ini sekali lagi Shah Rukh Khan mengadakan konsert di negara kita. Sungguh pelik umat Islam terutamanya pemimpin- pemimpin negara yang kononnya memperjuangkan Islam membenarkan Shah Rukh Khan membuat konsert di negara kita. Sambutan yang meriah serta promosi habis-habisan diadakan seolah-olah menyambut kedatangan seorang ulamak terkenal ke negara kita.Adakah kita tidak sedar yang datang itu adalah seorang penghina agama Islam? Baru-baru ini telah diadakan konsert amal sempena mengisi tabung TYT Yg. Di- Pertua Negeri Pulau Pinang dan sekali lagi Shah Rukh Khan datang ke Malaysia dan kali ini di Pulau Pinang. Kerajaan negeri manghabiskan berjuta ringgit untuk konsert amal ini. Bagi saya konsert ini tidak lain tidak bukan ianya adalah sebuah "konsert amal mungkar nahi maaruf" iaitulah "yang mengajak kepada keburukan dan menolak kebaikan". Konsert yang di adakan itu sahaja merupakan sesuatu dilarang tegas dalam Islam.Kedatangan penghina Islam, Shah Rukh Khan dan beberapa orang artis Bollywood lagi telas menjejaskan imej Islam negara kita. Bagaimana kita ingin mendapat barakah daripada hasil kutipan Tabung Amaml TYT ini kiranya cara kutipan bercampur- baur dengan maksiat? Dalam konsert ini Shah Rukh Khan telah sekali lagi menunjukkan secara terang-terangan siapakah beliau sebenarnya. Cara kelakuannya sepangjang konsert tidak langsung mencerminkan beliau seorang yang patut dijadikan ikutan. Cara beliau berjenaka dengan penonton dengan menyembur air dari mulutnya ke muka penonton menunjukkan betapa kurang ajarnya Shah Rukh Khan. Bukan setakat itu sahaja, Shah Rukh Khan turut memakai rantai leher yang mempunyai lambing salib yang agak besar. Sebagai seorang yang beragama Islam beliau tidak sepatutnya memakai rantai leher apatah lagi yang mempunyai lambing salib. Perbuatan ini jelas menunjukkan beliau sama sekali tidak mengambil kira budaya dan adat resam negara kita serta sensitiviti umat Islam di negara ini. Ini jelas menunjukkan Shah Rukh Khan cuba mempermain-mainkan Islam serta menghina Islam. Apakah kita masih lagi mahu menyanjung artis ini? Tidak takutkah kita pada Allah? Di manakah keimanan dan maruah kita sebagai seorang Islam kiranya orang seperti ini masih lagi mahu kita jadikan ikutan? Saya mengajak diri saya dan semua agar kita kembali kepada Islam yang sebenar. Jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai sanjungan dan ikutan kita. Kuatkanlah ketakwaan dan keimanan kita. Jadikan Islam sebagai Ad-Deen atau cara hidup kita nescaya kita akan mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Sebagai rengungan kita bersama marilah kita lihat ayat Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud, "Dan hendaklah ada dari kalangan segolongan umat yang menyeru kapada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka itula orang-orang yang beruntung". Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Apabila kita melihat sesuatu kemungkaran hendakkalh dihalang dengan perbuatan, itulah sekuat-kuat iman. Sekiranya tidak mampu halanglah melalui perkataan. Dan jika tidak mampu halanglah dengan hati, itulah selemah-lemah iman." AZDY MOHD ARSHAD Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang (GEMADA) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan.