From: "HAJIS" To: Cc: Subject: [Dakwah] Fw: 12 Barisan Di-Akhirat Date: Thursday, 13 July, 2000 01:08 ----- Original Message ----- From: Mohd.Shaari Shariff To: ; ; ; Sent: Wednesday, July 05, 2000 10:01 AM Subject: 12 Barisan Di-Akhirat > > > > > >Subject: 12 Barisan Di-Akhirat > > > > >Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: > >"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: > >Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" > >Surah an-Naba':18 > > > >Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan > >air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada > >aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan > >berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan > >mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :- > > > >BARISAN PERTAMA > >Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka > >ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: > >"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati > >jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka > >adalah neraka..." > > > >BARISAN KEDUA > >Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah > >Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya > >meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali > >mereka adalah neraka..." > > > >BARISAN KETIGA > >Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan > >kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka > >inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > > > >BARISAN KEEMPAT > >Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari > >mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, > >maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..." > > > >BARISAN KELIMA > >Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT > >menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di > >Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan > >derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada > >Allah > >SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > > > > BARISAN KEENAM > >Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. > >"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya > >dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > > > >BARISAN KETUJUH > >Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir > >keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi > >kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali > >mereka adalah neraka..." > > > >BARISAN KELAPAN > >Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan > >kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah > >balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > > > >BARISAN KESEMBILAN > >Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara > >dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang > >yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka > >inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > > > >BARISAN KESEPULUH > >Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan > >penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada > >orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah > >neraka..." > > > >BARISAN KESEBELAS > >Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka > >memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke > >dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar > >beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah > >balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." > > > >BARISAN KEDUA BELAS > >Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan > >purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara > >dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang > >beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, > >mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan > >mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka > >adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang > >Maha Pengasih..." > > ________________________________________________________________________ > Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com > ------------------------------------------------------------------------ Life's too short to send boring email. Let SuperSig come to the rescue. http://click.egroups.com/1/6809/2/_/30126/_/963421667/ ------------------------------------------------------------------------ Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Untuk melanggan: Hantar email ke dakwah-subscribe@egroups.com Berhenti melanggan: Hantar email ke dakwah-unsubscribe@egroups.com Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Bina empayar and di Internet!! http://www.netmyne.com/