Umat Islam akan menyambut
bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan serta mengandungi
hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan
“Marhaban Ya Ramadhan”. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu
disambut dan diterima dengan
lapang dada dan penuh kegembiraan.
Marhaban Ya Ramadhan (selamat datang Ramdhan) mengandungi erti bahawa kita
menyambut Ramdhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan
keluhan.
Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dgn gembira setiap kali kedatangan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kpd sahabatnya sambil bersabda :
“Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didlm bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.”
(Hr. Ahmad)
Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan agar jiwaraga kita diasah dan diasuh, utk melanjutkan perjalanan menuju ke pangkuan Allah. Perjalanan kpd Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sbg pengalaman yg penuh ujian dan rintangan. Ada gunung yang harus dihaki.. itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam dan ganas pula perjalanannya tetapi apabila tekat tetap membaja sebentar lagi akan nampak cahaya terang-benderang dan saat itu akan nampak dengan jelas rambu-rambu jalan, nampak tempat-tempat yang indah utk berteduh serta telaga-telaga jernih utk melepaskan dahaga. Apabila perjalanandilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman utk menghantar musafir bertemu dengan kekasihnya.
Uuntuk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yg mencukupi. Bekalan itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja utk memerangi nafsu agar kita mampu menghidupkan malam Ramdhan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadat kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.
Melangkah masuk gerbang puasa,
bererti memasuki gerbang pertapaan dan latihan. Oleh itu, sudah semestinya
sebelum melangkahkan kaki kita perlu menyiapkan diri serta menyediakan
bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan yg perlu disediakan ialah :
* mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui dengan mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang sempurna.
* memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa, sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.
* Memperbanyakkan doa semoga
Allah memberikan tenaga, kelapangan dan ekempatan mengerjakan puasa dan
mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita supaya kita dapat menunaikan puasa
dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada perasaan ria’, ujud,
su’mah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.
Kata Al Mu’alia ibn Fadlil:
“Para sahabat membahagi tahunnya kepada dua bahagian. Bahagian pertama,
mereka menggunakannya untuk memohon kepada Allah agar menerima puasa yang
dilaksanakan. Bahagian kedua,
mereka menggunakannya utk berdoa, memohon dan mengharap kepada Allah agar
memberikan tenaga dan kekuatan untuk melaksanakan puasa yg akan datang
itu.”
(Lathaiful Ma’rif 156)
* Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna, agar kita memperolehi kesan-kesan yg diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak haloba. Bulan puasa itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk AKHIRAT, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan mensucikan diri daripada pelbagai dosa serta menghias diri dengan budi pekerti yang tinggi. Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri bagi menunaikan segala hak puasa.
* Menyediakan diri utk menjaga benih-benih amalan yang kita tanam pada bulan Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang menanam benih, tidak menyiraminya dan tidak menjaganya dengan baik, akan mengeluh dan menggigit jari ketika menuai kelak iaitu ketika dihadapan ALLAH SWT
* Membuang adat tradisi yang
memberatkan. Kita dapati sebahagian besar umat Islam menanti kehadiran
bulan puasa dengan memberatkan diri dalam urusan pembelanjaan. Pelbagai
barangan dibeli untuk menyambut puasa. Seorang ulama Salaf menjual jariahnya
kepada seorang saudagar hartawan,
maka ketika jariah itu melihat
betapa besar himmah tuannya yang kaya raya itu dalam menyediakan makanan
puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; “Untuk apakah tuan menyediakan
makanan ini, selama yang sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini mendari
dan mengumpulkannya?” Saudagar hartawan itu menjawab, “Untuk bulan puasa
yang sedikit hari lagi akan tiba”. Mendengar jawapan tuannya, jariah itu
berkata, “Kiranya tuan tidak pernah berpuasa selain daripada puasa bulan
Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan puasa Ramadhan itu untuk bersedap-sedapan
dan membanyakkan makanan, saya tidak dapat bersama tuan, sudilah kiranya
tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu.”
(Lathaiful Ma’rif 155)
Memberatkan diri dan boros
berbelanja kerana puasa adalah keadaan yang tidak sekali-kali disukai syarak.
Syarak menyuruh kita membanyakkan memberi makanan kepada fakir miskin dan
memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukan menyuruh kita membanyakkan
makanan pada bulan puasa ini.
Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi menyambut kehadiran Ramadhan. Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan ibadat puasa dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama Islam.
Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika menyambut Ramadhan.
Pertama : Baginda memperbanyakkan
puasa pada bulan Syaaban.Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan
oleh Al-Bukhari dari Aisyah yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw kadangkala
terus menerus berpuasa, hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah
berbuka dan kadangkala terus berbuka hingga kami mengatakan bahawa baginda
tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah
SAW. menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya
tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan
Syaaban.”
Kedua:Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut Ramadhan. Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah di hadapan golongan sahabat utk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah
daripada Salman yang bermaksud: “Rasulullah SAW pada hari terakhir dari
bulan Syaaban berkhutbah dihadapan kami. Maka baginda bersabda: “Sungguh
telah datang
kepadamu bulan Ramadhan,
bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya.
Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu
neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih
baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam
itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.”
Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka “Selamat datanglah” kepadanya. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan sentiasa dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah menjadikan puasanya satu kewajipan dan qiam pada malam harinya suatu tatawwu’.
Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yg menunaikan sesuatu fardu pada bulan lainnya.
Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga.
Ramadhan itu adalah bulan yg memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.
Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka.
Orang yang memberikan makanan itu akan memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk air atau sehirup susu.
Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan dan akhirnya kemerdekaan daripada neraka.
Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) nescaya Allah mengampuni dosanya.
Oleh itu banyakkanlah yang
empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan
Allah dan dua perkara lagi kamu sangat menghayatinya. Dua perkara yg pertama
ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon
ampun kepadanya.Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon
syurga dan perlindungan daripada
mereka.
Barang siapa memberi minum orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya daripada kolam-Ku dengan sekali minum, dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga.
Berdasarkan hadis ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan Syaaban untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan pertemuan atau ceramah bagi memberi panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan kelak.
Ketiga: mengucapkan “tahiah” kerana kedatangan bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sentiasa menggembirakan kalangan sahabat atas kedatangan bulan Ramadhan.
Rasulullah menggembirakan
kalangan sahabat dengan hadisnya yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah datang
kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahmu berpuasa
didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci
segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan.”
Berdasarkan penerangan hadis ini, perlulah kita mengucapkan tahniah sebagai tanda kegembiraan menyambut bulan yang berbahagia ini.
Kita perlu memberi ucap selamat ke atas kedatangan bulan yang dibuka didalamnya segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan.
Justeru bagi menyambut kehadiran
Ramadhan ini kita berusahalah mengikuti segala garis panduan yang dinyatakan.
Semoga kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi cahaya keimanan yang lebih
terang buat kita semua.